Ringgit dibuka rendah susulan kekukuhan dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah susulan kekukuhan dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi ini apabila sentimen belian terhadap unit tempatan itu terjejas oleh kekukuhan dolar AS.

Pada 9.06 pagi, ringgit berada pada 4.1180/1210 berbanding paras penutup 4.1130/1160 pada Khamis.

Seorang peniaga berkata, langkah Bank Pusat Eropah (ECB) untuk mengekalkan dasar faedahnya tidak berubah telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mungkin akan mengambil pendekatan kurang agresif bagi kadar faedah mereka.

Beliau berkata, semua tumpuan terarah kepada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan dan Bank of Japan pada minggu depan, mengenai sama ada untuk melonggarkan dengan agresif dasar monetari atau mengekalkannya.

"Melihat kepada kekurangan insentif dagangan ketika ini, ringgit dijangka bergerak dalam jajaran terhad," katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan kukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0109/0149 daripada 3.0116/0143 semalam dan meningkat berbanding yen kepada 3.7888/7922 daripada 3.8048/8086.

Ringgit juga naik berbanding pound British kepada 5.1281/1335 daripada 5.1314/1372 tetapi turun berbanding euro kepada 4.5903/5941 daripada 4.5765/5815 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini