ADAKAH AUSSIE AKAN BANGKIT DARI KUBUR MINGGU DEPAN? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

ADAKAH AUSSIE AKAN BANGKIT DARI KUBUR MINGGU DEPAN?


Jika anda seorang pedagang matawang berisiko, anda pasti arif bagaimana keadaannya minggu lalu. Lebih-lebih lagi jika anda dagangkan dolar Australia.

Pertama sekali, ancaman tarif baru ke atas China oleh Donald Trump meningkatkan sentimen risk-off di pasaran. Ia telah melemahkan matawang-matawang berwajaran risiko termasuklah AUD. Selepas itu, pemotongan kadar dilakukan oleh Bank RIzab New Zealand dengan saiz yang lebih besar dari yang dijangkakan telah meningkatkan kebimbangan bahawa Bank Rizab Australia akan mengikut jejak yang sama.

Kebimbangan ini telah membenam matawang Australia itu ke paras terendah dalam 10 tahun. Walaupun sentimen risiko telah memulih sedikit menjelang penghujung minggu, risiko dari ujian harga terendah baru-baru ini tetap menghantui ramai. Jadi apakah yang perlu kita berikan lebih perhatian?

Minggu ini akan menyajikan Indeks Harga Gaji (WPI, Wage Price Index) Australia (indikator inflasi) pada hari Rabu dan data perburuhan pada hari Khamis. Pada kali yang terakhir, indikator-indikator ini diumum lebih buruk dari yang diunjurkan. Justeru, Bank Rizab Australia akan memberikan lebih perhatian kepada pengumuman seterusnya. Jika ia lebih baik dari unjuran (yang anda boleh temui di kalendar ekonomi) pada kali ini, AUD akan meningkat. Seandainya sebaliknya berlaku, aussie akan melemah.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini