ADAKAH NZD AKAN MENDAPAT SOKONGAN MINGGU INI? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

ADAKAH NZD AKAN MENDAPAT SOKONGAN MINGGU INI?


Sentimen risiko kekal rapuh minggu lalu bila pasaran memberikan fokus terhadap ketegangan hubungan dagang AS-China. Kesannya, matawang-matawang berwarjaran risiko lemah. Para pedagang memberikan perhatian khusus kepada pasangan NZD/USD bila ia mencecah paras terendah dalam tempoh 3 tahun pada hari Khamis lalu.

Para penganalisis berpendapat bahawa salah satu sebab di sebalik prestasi buruk kiwi (nama julukan bagi NZD) adalah kadar tukaran yang lebih tinggi bagi USD/CNH. Ia dilihat sebagai serangan balas terhadap tarif-tarif AS. Matawang-matawang Antipodean (NZD dan AUD) terkesan dengan berita ini kerana sifat mereka yang berisiko dan hubungan ekonomi yang rapat dengan China. Minggu ini, kita akan terus mengikuti pergerakan dolar New Zealand.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini