Komisen Malar Untuk Pelabur CopyTrade - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Komisen Malar Untuk Pelabur CopyTrade




Aplikasi CopyTrade telah menerima kemaskini besar! Kami berharap anda akan menyukainya kerana perubahan ini sungguh hebat sekali.

Berita Baik Untuk Para Pelabur

Untuk meringkaskan cerita, anda kini akan membayar komisen malar 5% dari keuntungan anda kepada mana-mana pedagang. Keuntungan yang selebihnya milik anda! Anda tidak perlu memikirkan tentang komisen bila memilih pedagang mana yang anda mahu tiru dan boleh fokus hanya pada strategi. Pelbagaikan pelaburan anda, laburkan pada beberapa pemain terbaik, dan lihat bagaimana baki akaun anda berkembang pesat. Jangan ragu untuk kemaskini app anda ke versi terbaru.

Bagaimana Perubahan Ini Memberi Kesan Kepada Para Pedagang

Apa maksud anda dengan - "Komisen malar"? Jangan bimbang! Anda akan tetap menerima ganjaran. Bagaimana pun, kini komisen yang anda dapat dimalarkan pada kadar 5%. Anda akan mendapat sejumlah wang bagi setiap pelabur dan keuntungan mereka. Ini bermakna lebih ramai yang termotivasi dengan prestasi dan kejayaan anda di pasaran, lebih banyak bayaran yang anda akan terima.

Anda Perlukan Aktiviti

Parameter Komisen terhapus dari aplikasi ini jadi anda boleh analisa para pedagang berdasarkan metrik-metrik yang lebih penting.

Kami telah tambahkan parameter Aktiviti ke maklumat pedagang. Ia menunjukkan aktiviti orang yang anda, sebagai pelabur, akan tiru.



Ia adalah nisbah peratusan antara bilangan hari sejak akaun dibuka dan bilangan hari di mana pedagang ada menutup urusniaga.

Justeru, para pedagang harus menjadi lebih aktif untuk ditiru oleh pelabur-pelabur baru. Jadi, ceria-ceriakan diri dan berdaganglah!

Semak perubahan-perubahan ini di Perjanjian Pelanggan anda. Kemaskini aplikasi CopyTrade anda ke versi terbaru atau muat turun jika anda belum lagi mencuba servis ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini