Ringgit dibuka lebih kukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka lebih kukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan jangkaan Keluaran Dalam Negara kasar (KDNK) suku kedua yang lebih baik akan diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) Jumaat ini, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1850/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1960/1990 semalam.

AmBank Group dalam satu nota penyelidikan meramalkan pertumbuhan suku kedua 2019 (2Q19) berlegar sekitar 4.7-5.0 peratus tahun ke tahun berbanding 4.5 peratus pada suku pertama tahun ini.

"Ini disokong penunjuk ekonomi utama 2Q19 yang lebih baik, khususnya pengeluaran perindustrian dan indeks pengurus pembelian," katanya.

Nota tempatan mengukuh berbanding pound British kepada 5.0450/0515 daripada 5.0633/0703.

Berbanding yen, ringgit mengukuh kepada 3.9340/9398 daripada 3.9905/9945 dan menokok berbanding euro kepada 4.6776/6848 daripada 4.7016/0654.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini