Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, dengan peserta pasaran terus mengambil pendekatan tunggu dan lihat berikutan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang terus meningkat.

Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.2110/2150 berbanding dolar US daripada 4.2020/2060 pada Selasa.

Peniaga berkata China melaksanakan langkah-langkah pada Selasa untuk membantu meningkatkan penggunaan, termasuk kemungkinan memansuhkan sekatan ke atas pembelian kereta, berikutan pertumbuhan dalam ekonomi kedua terbesar dunia itu mula kehilangan momentum.

Dilaporkan bank pusat AS menolak cadangan daripada bekas penggubal dasar Rizab Persekutuan untuk menentang agenda perdagangan Presiden Donald Trump dengan menolak untuk “bermain bersama" dan membantah permintaan penurunan kadar faedah oleh Trump.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia rendah berbanding yen kepada 3.9798/9847 daripada 3.9728/9777 dan berbanding euro kepada 4.6704/6753 daripada 4.6667/6729 sebelum ini.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0330/0370 daripada 3.0263/0303, bagaimanapun naik berbanding pound British kepada 5.1353/1419 daripada 5.1542/1612.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini