Apakah Bahagian Untung dalam FXTM Invest?
Bahagian Untung mewakili peratusan untung yang akan diberikan kepada Pengurus Strategi kerana prestasi positif mereka. Bahagian untung yang berpadanan ditolak daripada akaun Pelabur dan dipindahkan ke Dompet Pengurus Strategi. Pengurus Strategi bebas menetapkan Bahagian Untung mereka dari 0% hingga 50%. Bahagian Untung dibayar dalam tiga keadaan:
* Setiap 30 hari dari hari pengaktifan akaun Pelaburan
* Jika terdapat pengeluaran daripada Akaun Pelaburan
* Jika terdapat penutupan akaun Pengurus Strategi
* Jika terdapat penutupan Akaun Pelaburan
Contohnya, katalah ekuiti dalam Akaun Pelaburan pada 10 Januari ialah $1000 dan Bahagian Untung ditetapkan kepada 50%. Pada 9 Februari, Ekuiti meningkat kepada $1400. Oleh sebab 30 hari sudah berlalu antara 10 Januari dan 9 Februari, Bahagian Untung sebanyak 50% dikira seperti berikut: 400 x 50% = $200
Bahagian Untung sebanyak $200 ditolak daripada Akaun Pelaburan dan dipindahkan ke Dompet Pengurus Strategi. Berikut ialah contoh Bahagian Untung yang dibayar disebabkan oleh pengeluaran Pelabur:
Ekuiti Pelabur pada 10 Januari = $1000
Ekuiti Pelabur pada 15 Januari = $2000
Bahagian Untung = 40%
Pulangan = $1000
Apabila Pelabur memutuskan untuk mengeluarkan dana sebanyak $500, Bahagian Untung dikira menggunakan formula berikut:
Jumlah Pengeluaran / Ekuiti Akaun Pelaburan =
500 / 2000 = 0.25
Bahagian Untung = 40% X 1000 X 0.25 = $100
Bahagian Untung = % Bahagian Untung X Pulangan X (Jumlah Pengeluaran / Ekuiti Akaun Pelaburan)
Bahagian Untung sebanyak $100 ditolak daripada Akaun Pelaburan dan dipindahkan ke Dompet Pengurus Strategi. Lebih lama Pengurus Strategi telah berdagang, lebih yakin pelabur terhadap mereka.