Kalendar ekonomi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Kalendar ekonomi



Faktor-faktor Fundamental bukanlah konsep yang abstrak. Para pedagang menghadapinya sehari-hari dalam bentuk berita ekonomi, yang diterbitkan di dalam Kalendar Ekonomi.



Mari kita lihat kalendar ekonomi. Untuk setiap tarikh, anda boleh lihat senarai pengumuman ekonomi bagi salah satu matawang utama Forex.

Beri perhatian kepada waktu pengumuman: anda perlu selaraskan dengan zon waktu tempatan anda. Anda boleh lihat bagaimana semua acara mempunyai impak yang berbeza: lebih besar impaknya, dijangkakan pasaran akan bergerak lebih kuat, jadi anda boleh memberikan fokus kepada acara-acara yang paling penting

Kebanyakan berita di kalendar adalah indikator ekonomi dan mempunyai nilai perangkaannya. Perangkaan sebelum ini tersedia lebih awal. Perangkaan jangkaan adalah jangkaan sederhana dari 20-240 ahli-ahli ekonomi yang diselidik oleh agensi-agensi besar seperti Bloomberg, Reuters, dll. Angka sebenar pula adalah angka yang diterbitkan oleh sumber rasmi (agensi perangkaan kebangsaan atau pusat analisis). Bagi kebanyakan indikator, jika angka sebenar adalah lebih tinggi dari angka jangkaan, ia adalah positif untuk sesuatu matawang itu. Indikator pengangguran adalah terkecuali: untuk ini lebih rendah angkanya, lebih baik kesannya kepada matawang.

Cara menggunakan
Ada pelbagai cara untuk menggunakan kalendar ekonomi.

Sesetengah pemain dalam pasaran berdagang berdasarkan “berita". Ertinya, mereka itu membuka posisi sejajar dengan jangkaan mereka tentang perubahan yang akan berlaku pada indikator ekonomi (contohnya, KDNK zon Euro dijangka akan bertambah baik - mereka akan beli Euro).

Para pedagang lain pula, sebaliknya, mengelak untuk berdagang di waktu berita kerana ia dikaitkan dengan risiko pergerakan harga yang terlalu deras. Pedagang-pedagang jenis ini lebih gemar menunggu sehingga pasaran sudah selesai mencerna berita, dan masuk apabila trend sudah terbentuk. Tidak kira strategi mana yang anda pilih, kami sangat mengesyorkan supaya anda mengikuti berita agar anda waspada dengan cetusan pergerakan pasaran. Sesetengah siaran data meningkatkan kemeruwapan dan mencetus pergerakan mengejut di pasaran. Contoh terbaik adalah Daftar Penggajian Bukan Perladangan AS (Nonfarm Payrolls, NFP). Penyiaran data indikator ini boleh membawa kepada penutupan posisi anda dalam rupa pesanan renti rugi (stop-loss order).





Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini