Seberapa banyak wang perlu ada di dalam akaun anda untuk terus berdagang? Secara logiknya, anda perlukan wang untuk mengekalkan posisi yang aktif. Jumlah yang diperlukan ini dipanggil margin. Broker forex menentukan margin yang diperlukan oleh pelanggan. Biasanya margin bersamaan 1-2% dari saiz position. Konsep ini berkait rapat dengan istilah 'leveraj'. Bila anda berdagang menggunakan margin, anda memanfaatkan leveraj: anda mendapat kemudahan untuk membuka posisi dengan dana yang lebih besar dari yang ada di dalam akaun anda.
Sebagai contoh
Mari kita lihat cara kerjanya menggunakan contoh. Anda melaburkan wang anda sendiri sebanyak $10,000. Ini adalah leveraj bernisbah 1:1 (pada dasarnya, ini posisi tanpa leveraj), kerana anda tidak meminjam apa-apa dari broker. Jika anda beroleh $100, pulangan anda adalah sebanyak 1% (100%*$100/$10,000). Dalam masa yang sama, jika anda kerugian $100, kerugian ini hanya -1% juga.
Sekarang bayangkan jika anda tidak mempunyai $10,000 tetapi masih mahu berdagang sebanyak ini. Perdagangan Forex membenarkan anda berbuat demikian dengan bantuan leveraj. Dalam kes ini, broker anda memerlukan margin 1%, bersamaan dengan hanya $100 di dalam akaun anda. Ini adalah margin digunakan ("used margin") anda. Leverajnya adalah 100:1 kerana anda mengawal posisi bersaiz $10,000 dengan cuma $100. Baki 99% lagi disediakan oleh broker. Margin diperlukan sebagai jaminan kepada broker seandainya pasaran menentang posisi anda. Andai keuntungan anda adalah $100, pulangan anda adalah 100% (100%*$100/$100). Namun, jika anda kerugian $100, pulangan anda adalah -100%. Seperti yang anda dapat lihat, dengan leveraj pergerakan yang kecil pada pergerakan harga pasangan matawang boleh mengakibatkan keuntungan atau kerugian yang lebih besar berbanding posisi yang tidak dibantu leveraj.
Ketahui keadaan akaun perdagangan FBS
Di dalam terminal, di tetingkap "Trade" (Dagangan) anda dapat melihat lajur "Balance" (Baki), "Equity" (Ekuiti) dan "Usable Margin" (Margin Boleh Guna). Margin yang boleh anda gunakan sentiasa bersamaan dengan "Equity" ditolak "Used Margin"
Margin call
Broker biasanya mentakrifkan aras panggilan margin ("margin call").
Sebagai contoh
jika ianya adalah 20%, anda akan mendapat panggilan margin jika ekuiti akaun anda jatuh sehingga 20% dari jumlah margin (dalam contoh ini, 20% dari $100 adalah $20). Dalam kes ini, anda akan menerima amaran dari broker anda yang mengatakan anda perlu menutup dagangan anda atau deposit lebih banyak wang agar anda memuaskan persyaratan margin minimum. Sebagai tambahan, anda perlu awas kerana broker akan terpaksa menutup posisi anda pada harga semasa pasaran jika nisbah deposit kepada kerugian anda mencapai apa yang dipanggil aras "stop out". Jika stop out ditentukan pada aras 10%, ia akan berlaku bila ekuiti jatuh menjadi $10 (10% dari margin). Ada masanya, margin call dan stop out adalah sama, dan jika ia berlaku tanpa amaran jika ekuiti jatuh menjadi kurang dari 100% nilai margin minimum yang diperlukan untuk berdagang.
Margin diperlukan, aras panggilan margin dan aras stop out ditentukan oleh broker bagi setiap jenis akaun dan ditunjukkan di laman web mereka. Sebagai pedagang, anda harus melakukan usaha terbaik untuk mengelak dari menyentuh aras panggilan margin dan aras stop out.
Pengiraan Margin