Rencana 5 minit tentang Brexit: pengenalan ringkas, kesan-kesan kepada dunia, dan lifehacks untuk bersedia menghadapi Brexit sebagai pedagang Forex.
Kini Brexit masih kekal sebagai topik geopolitik #1 untuk tempoh lebih 3 tahun. Ia telah menyaksikan banyak sekali "plot twist" sehinggakan kisahnya kelihatan seperti rancangan drama TV.
Mari ketahui bagaimana semuanya bermula, ke mana hala tujunya, dan cara-cara menggunakannya untuk manfaat anda dalam perdagangan.
BREXIT SECARA AM
Apakah itu Brexit?Brexit adalah singkatan untuk "British Exit" — inisiatif United Kingdom untuk menarik diri dari Kesatuan Eropah. Negara tersebut telah menyertai EU pada tahun 1973 dan telah memutuskan untuk keluar pada Jun 2016 selepas suatu pungutan suara umum.
Mengapa UK mahu mengundurkan diri?
Penyokong senario "Leave" telah memberikan beberapa alasan, seperti masalah imigrasi, birokrasi yang melampau, tarif-tarif EU, dsb. Namun, sentimen utamanya adalah
"Keputusan tentang UK harus dibuat di UK"
inilah yang dipilih oleh 52% pengundi pada referendum 2016 dahulu. Dan kisahnya pun bermula.
Perjanjian Brexit
Untuk menjadikan "perceraian" kurang menyakitkan bagi kedua-dua pihak, UK dan EU dijangka akan bersetuju dengan suatu perjanjian, iaitu satu set terma-terma proses pengunduran yang meliputi beberapa topik:
* hak untuk warga EU di UK dan warga British di EU
* seberapa banyak wang yang UK harus bayar kepada EU (bil perceraian)
* "backstop" (pagar laman belakang) untuk sempadan Ireland
Apakah yang menjadi masalah?
Brexit telah direncanakan untuk berlaku pada November 2018 namun ia telah ditunda beberapa kali kerana beberapa masalah — terutamanya kerana masalah "backstop".
Sempadan di antara Ireland Utara (sebahagian dari United Kingdom) dan Republik Ireland (sebuah negara berdaulat dan merdeka) akan menjadi satu-satunya sempadan darat antara UK dan EU. Pada masa ini, tidak ada pos sempadan atau pemeriksaan untuk manusia atau barangan yang melintasi sempadan tersebut. Statusnya adalah penting untuk perdagangan pasca Brexit.
* EU mencadangkan "backstop" — suatu jaminan undang-undang untuk mengelakkan "hard border" sendainya Brexit berlaku tanpa sebarang perjanjian. Ini bererti Ireland Utara akan mendapat status khas.
* UK tidak sukakan idea ini kerana status yang berbeza untuk Ireland Utara boleh mengancam kelangsungan kewujudan United Kingdom.
Oleh kerana masalah Ireland ini sebahagian dari perjanjian pengunduran, ia salah satu perkara yang terus-menerus menghalang Brexit.
No-deal Brexit
No-deal (tanpa perjanjian) bererti UK akan meninggalkan EU serta-merta tanpa sebarang perjanjian. Perdana Menteri baru, Boris Johnson) komited untuk meninggalkan EU pada 31 Oktober — sama ada dengan perjanjian atau tidak. Para penentang beliau mendakwa bahawa Brexit tanpa perjanjian akan memberi kesan yang terlalu negatif buat negara tersebut sehinggakan gagasan tersebut menjadi tidak berbaloi sama sekali. Ini apa yang akan berlaku sejurus selepas Brexit tanpa perjanjian:
* Meninggalkan Pasaran Tunggal dan kesatuan kastam
* Meninggalkan institusi-institusi EU seperti Mahkamah Keadilan Eropah dan Europol
* Menamatkan keahlian UK dalam pelbagai badan EU
* Menghentikan sumbangan kepada bajet EU — sekitar £9 setahun
IMPAK BREXIT KEPADA PERDAGANGAN GLOBAL
* Rakan-rakan dagang UK
Negara-negara yang mempunyai hubungan dagangan yang rapat dengan UK adalah yang paling berisiko — terutamanya Ireland, Belgium, Belanda, Cyprus, dan Jerman.
* Industri
Sektor-sektor yang mungkin akan mengalami impak eksport terbesar adalah kenderaan bermotor dan alat-alat gantinya, perkakas elektronik, dan makanan terproses.
* Sektor perkhidmatan
London adalah pusat kewangan dunia — industri perkhidmatan membentuk hampir 80% dari keseluruhan ekonomi UK. Yang paling penting, pakar-pakar khuatir tentang sektor insuran dan servis kewangan.
* Kos perdagangan
Senario yang paling mungkin berlaku — sama ada perjanjian perdagangan bebas (FTA) atau kembali ke peraturan WTO — kos untuk berdagang antara UK dan EU akan meningkat.
* Pengangkutan dan logistik
Selepas UK meninggalkan EU, UK tidak lagi tertakluk kepada perundangan fiskal EU, yang mana ini bererti percukaian berganda untuk syarikat yang mengangkut produk dan perkhidmatan antara UK dan EU.
* Rantaian bekalan
UK berperanan besar dalam rantaian bekalan antarabangsa, terutamanya bagi sektor seperti perkhidmatan kewangan, perlombongan dan produk kimia, pengangkutan, telekom, dan industri runcit serta borong.
* Aliran perdagangan global
Sebagai ahli EU, UK mempunyai berdozen-dozen perjanjian perdagangan dengan 58 negara bukan EU. Semua perjanjian ini akan perlu dirundingkan semula
Secara amnya, kesan ekonomi dari Brexit yang paling memberikan kesan adalah pengurangan perdagangan dua hala antara UK dan EU. Ini akan menjurus kepada penurunan KDNK dan pendapatan secara nyata kerana kos perdagangan yang lebih tinggi akan menyebabkan aliran sumber yang semakin kurang efisien di antara industri.
BERDAGANG SEMPENA BREXIT
* Senario tanpa perjanjian:
Jika UK kembali kepada peraturan WTO, ia akan menikmati tempoh untuk bertatih sehingga 2020, di mana dalam tempoh ini keadaan sangat sukar diduga. Ketidaktentuan ini akan menyebabkan turun naik pada harga GBP, yang akan menjadikannya matawang yang sukar diandalkan sebagai matawang asas untuk sebarang pasangan.
Kos transaksi perdagangan akan meningkat dengan tarif-tarif baru ke atas pengeksport. Bisnes yang bergantung kepada bahan-bahan mentah dari EU, dan pengguna akan perlu menanggung pengurangan margin. Ini akan mempunyai kesan yang signifikan ke atas pasaran saham global dan forex.
Manakala berkenaan saham, syarikat-syarikat berpangkalan di UK yang berada di luar negara mungkin akan berprestasi baik tetapi saham syarikat-syarikat tempatan mungkin akan jatuh. Jika dagangan UK-EU menjadi terlalu mahal, orang ramai akan mula menjual saham secara besar-besaran.
* Senario dengan perjanjian
KDNK akhirnya akan mulai menguat, tetapi pukulan pada harga GBP di peringkat awal tidak dapat dielakkan. Yang buruknya, tiada siapa yang dapat menjangkakan seberapa lama tempoh pemulihan akan berlangsung, dan apakah cabaran-cabaran baru yang akan datang bersamanya.
Lantaran itu, satu perkataan yang akan menggambarkan tentang peluang perdagangan anda berkaitan Brexit adalah KETIDAKTENTUAN
Adakah itu maksudnya bagus atau buruk?
Untuk orang di Uk dan Kesatuan Eropah — tidak. Untuk para pedagang, ia mungkin suatu yang bagus — kemeruwapan yang tinggi sentiasa menampilkan peluang yang baik untuk pedagang.
Saham-saham UK, GBP/USD dan emas berkemungkinan tinggi akan mengalami pergerakan yang paling signifikan.
Untuk mengurangkan kerugian dan bermain secara selamat, ikut langkah-langkah mudah ini, dan bersedia untuk Brexit:
- Ikuti berita-berita dan analitik kami tentang Brexit
- Pasang penggera perubahan harga untuk memberitahu anda tentang pergerakan yang signifikan
- Gunakan Renti Rugi SETIAP KALI BERDAGANG
- Sentiasa waspada dan siaga serta bersedia untuk bertindak
Mari lihat ke mana Brexit akan pergi dan kita akan mengaut keuntungan — dengan atau tanpa perjanjian!