Pasukan Analisis Pasaran FXTM - Alex Gurr - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Pasukan Analisis Pasaran FXTM - Alex Gurr


ForexTime terkenal kerana kepakaran dalam industri Forex dan pasukan penyelidikan pasaran kami kerap menerbitkan ulasan pasaran untuk memberikan kemas kini kepada pedagang tentang peluang pasaran terkini dan membantu memenuhi potensi strategi dagangan.

Ulasan penyelidikan pasaran yang ditulis oleh pasukan FXTM kerap dipetik dan dirujuk oleh penerbitan media terkemuka di dunia dan juga boleh dilihat sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat yang berterusan untuk melanjutkan pendidikan kepada pedagang di seluruh dunia. Ikuti Alex Gurr , penganalisis pasaran di FXTM kami disini dan lihatlah semua artikel penyelidikan di sini.



Maklumat peribadi

Alex Gurr telah mengkaji pergerakan merentasi pasaran kewangan selama beberapa tahun dan memiliki pengalaman kerja selama lebih daripada tiga tahun sebagai penganalisis dalam pembrokeran antarabangsa. Alex dibesarkan di New Zealand dan juga bekas NZ CFA Research Champion untuk Massey University. Beliau memiliki BBS dalam ekonomi dan kewangan dari universiti tersebut.

Pendekatan Alex sangat dipengaruhi oleh teknikal apabila melibatkan pemahaman terhadap pergerakan pasaran dengan kecenderungan fundamental yang kukuh untuk menggabungkan semuanya. Selain kerap mengkaji pergerakan harga pada carta, Alex juga suka membaca tentang isu ekonomi utama terkini di seluruh dunia dan dasar monetari bank pusat.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini