Perkakas Fibonacci sering digunakan oleh para pedagang Forex. Anda perlu kuasai mereka seperti mana anda kenal sepuluh jari anda kerana banyak juruanalisa menggunakan perkakas ini untuk mengenali garis sokongan (support) dan rintangan (resistance) atau untuk mengenal pasti skop potensi pergerakan harga.
Idea nisbah Fibonacci
Sebelum menerangkan kepada anda tentang perkakas FIbo itu sendiri, kami memutuskan untuk mengenalkan anda kepada lelaki yang memperkenalkan idea nisbah Fibo– Leonardo Fibonacci. Di dalam buku beliau, “Liber Abaci” (1202), sarjana ini telah mengkaji kadar pertumbuhan populasi arnab secara berjujuk. Beliau telah menemui suatu jujukan angka yang ringkas (0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, dan seterusnya).
Setiap angka di dalam jujukan ini adalah jumlah dari dua angka sebelumnya. Yang menakjubkan, nisbah antara angka yang saling bersebelahan dalam jujukan ini sepadan dengan nisbah objek-objek semulajadi di alam ini. Pergerakan berlainan di dalam pasaran kerap konsisten dengan nisbah Fibonacci juga.
Nisbah-nisbah Fibo paling penting adalah 161.8% (89/55 = 1.618 – “nisbah emas”), 61.8% (55/89 = 0.618), and 38.2% (diterbitkan dengan menyelang 1 unsur antara angka yang dibahagi dengan angka pembahagi e.g. 55/144 = 0.382). Anda boleh menemui beberapa perkakas Fibonacci di dalam terminal dagangan anda: pengunduran (retracement), perluasan (expansion), kipas (fan), lengkungan (arcs) dan zon masa (time zones). Semua perkakas ini berdasarkan kepada nisbah Fibonacci.
Aras Fibonacci sangat menarik kerana:
Angka-angkanya geometrik – yang menyenangkan mata manusia yang melihat.
Ia adalah titik rujukan harga yang objektif (ia membuang subjektiviti jika digunakan dengan betul).
Antara perkakas Fibonacci yang sudah kami sebutkan, yang paling berguna untuk para pedagang adalah aras pengunduran Fibo dan perluasan Fibo (juga disebut sebagai sambungan Fibo).
Pengunduran Fibo
Tujuan utama menggunakan aras pengunduran Fibo adalah untuk menentukan jarak pemulihan harga yang mungkin, melawan trend utama.
Bagaimana pengunduran Fibo boleh diaplikasikan ke dalam carta?
Pilih perkakas ‘Fibonacci retracement’ (pengunduran Fibonacci) dan lukiskan garisan trend yang menyambungkan 2 titik ekstrem sesuatu trend. Untuk trend yang menaik, anda perlu melukis garisan ini dari minimum ke maksimum. Untuk trend menurun, anda perlu lukis garis ini dari maksimum ke minimum. 9 garisan horizontal akan terpapar secara automatik, menyilangi garisan trend pada aras Fibonacci 0.0%, 23.6%, 38.2%, 50%, 61.8%, 100%, 161.8%, 261.8%, dan 423.6% (nisbah-nisbah Fibonacci yang telah disebut di atas).
Garisan-garisan ini bertindak sebagai sokongan (support line) dan rintangan (resistance): harga cenderung untuk mengukuh sekitar aras-aras ini. Selepas itu, sama ada pemulihan harga (correction) akan berakhir (dan trend yang lebih besar meneruskan pergerakannya) atau ia akan terus berlangsung (harga menembusi salah satu aras pengunduran dan bergerak menuju ke aras seterusnya, sebagai contoh terus ke aras 50% setelah menembusi aras 38.2%).
Jika harga mengundur lebih dari 61.8% dari pergerakan sebelumnya (berdasarkan harga penutupan), ia lebih cenderung untuk kembali mencapai permulaan trend. Aras 50% adalah aras pengunduran yang paling dipantau dan kawasan yang paling lazim untuk membeli ketika pengunduran trend menaik, atau menjual sewaktu pengunduran trend menurun.
Sewaktu melukis aras Fibo, ingat bahawa anda perlu menggunakan hujung atas/bawah candlestick untuk mendapatkan hasil yang paling tepat.
Anda boleh menggunakan Fibonacci pada rangka masa berbeza. Jika aras Fibo di rangka masa berbeza menumpu (converge), aras-aras ini menjadi lebih penting.
Ada 2 cara untuk berdagang menggunakan perkakas pengunduran Fibo
1. Agresif
Berdagang di setiap aras Fibo. Jika pasaran mula bergerak dengan arah bertentangan secara aktif, pedagang akan membuka posisi melawan trend, dengan sasarannya adalah aras Fibo seterusnya.
2. Konservatif
Tunggu untuk harga melantun semula dari aras Fibo di dalam arah trend utama. Harga tidak semestinya melantun tepat-tepat di aras Fibo. Dalam kebanyakan kes, Fibo menandakan kawasan sokongan dan rintangan. Signal pengesahan di titik C diperlukan sebelum seseorang pedagang membuka posisi.
Awas! Fibo ada bahayanya
Pengunduran Fibo tidaklah 100% tepat. Ia berlaku kerana anda melukisnya dengan tidak betul.
Aras Fibo direka untuk memberikan anda petunjuk tentang titik masuk/keluar paling menguntungkan, tetapi ia tidak menjamin hasil yang positif.
Untuk meningkatkan potensi kejayaan dalam berdagang, gunakan perkakas pengunduran Fibonaci bersama dengan indikator teknikal lain.
Pertimbangkan untuk menggunakan Fibo bersama garisan trend. Lukis garisan trend, kemudian plot garisan pengunduran Fibo. Di titik persilangan dua perkakas ini, anda akan menjumpai titik masuk paling ideal.
Jika purata bergerak 200 tempoh (MA 200) dan garisan pengunduran Fibo 50% bersilang, aras ini akan mampu bertahan dari serangan permulaan pasaran. Ini adalah tempat yang baik untuk mengambil keuntungan atau memasuki pasaran selari arah trend utama.
Fibonacci pattern
Anda juga boleh menggabungkan perkakas pengunduran Fibo dengan pola candlestick. Bayangkan suatu hari anda lihat harga meningkat, candle bullish terbentuk dan tutup berhampuran aras Fibo tertentu. Anda terkesima. Anda ingin tahu apa yang akan terjadi seterusnya, sama ada akan ada kenaikan seterusnya atau tidak. Tunggu sehingga pembentukan candlestick seterusnya berdekatan aras Fibo. Jika ia adalah doji – sebuah “candle yang kepenatan” memberitahu anda bahawa trend menaik sedang dalam proses untuk mati – kebarangkalian besarnya pendakian harga tidak akan berterusan. Berdasarkan signal ini, anda boleh mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi perolehan sedia ada. Sebenarnya, sebarang pola candlestik yang memberi isyarat pasaran akan berpatah balik yang bersebelahan dengan aras Fibonacci biasanya bermakna aksi harga akan bertukar arah.
Selain dari pengunduran Fibo, ada lagi beberapa perkakas Fibonacci yang berguna yang anda harus dekati dan hormati – perluasan Fibo digunakan untuk mengenal pasti aras keluar paling menguntungkan. Untuk mengetahui lebih lagi tentang perkakas dagangan ini, anda boleh lihat di artikel ini.