A.S. telah mengumumkan bahawa ia akan mengenakan tarif ke atas import dari Eropah termasuk pesawat terbang dan produk-produk pertanian. Perubahan ini dijangka berkuatkuasa pada 18 Oktober.
Trump telah mengumumkan "kemenangan manis" selepas WTO membuat keputusan yang menyebelahi AS mengenai bantuan tidak sah kerajaan dari negara-negara EU kepada Airbus, pengeluar pesawat Eropah.
WTO telah memberikan AS lampu hijau untuk mengenakan kadar 100% pada $7.5 bilion produk EU tetapi pentadbiran Trump akan mengenakannya hanya kepada 25% dari barang-barangan ini. EU dijangka akan mengenakan tarif balasan jika ia memenangi kes di WTO berkenaan Boeing, syarikat pembuat pesawat Amerika yang menerima bantuan tidak sah dari kerajaan negeri dan Persekutuan.
Pengenaan tarif dan tindakan balas hanya akan mencetuskan api perang dagang yang lebih marak di waktu ekonomi global sudah pun mulai memperlahan.
Sebaik sahaja En. Trump melevi tarif, matawang Eropah dan British akan menjunam, sentimen pasaran akan lemah. Pasaran memang sepatutnya tidak stabil, jadi para pedagang harus mengikuti berita. Tarif-tarif tambahan akan menjadikan EUR, GBP dan USD lemah manakala perseteruan yang semakin reda akan mendukung matawang dan sentimen pasaran.