Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati disebabkan ketegangan diplomatik antara Malaysia dan India berhubung konflik Kashmir.

Pada 9.05 pagi, unit tempatan berada pada 4.1900/1930 berbanding dolar AS daripada 4.1870/1900 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata, ketegangan wujud apabila pertubuhan minyak sayuran utama India meminta ahli-ahlinya tidak membeli minyak sawit Malaysia, sebagai membantah kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Jammu dan Kashmir di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bulan lalu.

“Peserta pasaran berhati-hati mengenai potensi impak daripada langkah ini kepada perdagangan Malaysia, selain daripada kebimbangan mereka yang sedia ada mengenai perang perdagangan AS-China.

“Mengenai AS-China, walaupun terdapat perkembangan positif baru-baru ini, peniaga terus berhati-hati berdasarkan keadaan yang tidak dapat dijangka mengenai rundingan antara kedua-dua negara itu sebelum ini," katanya.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0737/0763 daripada 3.0730/0757 dan susut berbanding yen kepada 3.8642/8677 daripada 3.8558/8589.

Ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.3921/3972 daripada 5.4138/4198 dan naik berbanding euro kepada 4.6614/6651 daripada 4.6660/6702.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini