Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran harga meningkat dan ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) buat hari kedua berturut-turut susulan sokongan belian apabila pelabur memberi reaksi positif ke atas pengumuman Belanjawan 2020, kata peniaga.

Pada 6 petang, nota tempatan mencatatkan 4.1840/1870 berbanding dolar daripada 4.1920/1960 pada penutupan Khamis.

Beliau berkata prestasi ringgit yang lebih baik itu juga selari dengan prestasi kebanyakan mata wang Asia apabila rantau ini memperoleh manfaat daripada kedudukan dolar yang lemah ekoran perkembangan positif dalam rundingan perdagangan AS-China.

Presiden Donald Trump dilaporkan menyifatkan rundingan perdagangan sebagai ‘sangat-sangat baik’ pada Khamis manakala pegawai White House berkata ia ‘mungkin lebih baik daripada yang dijangkakan’, yang sekali gus meredakan pasaran yang dibelenggu ketidaktentuan sementara menunggu keputusan mesyuarat berkenaan.

Dua ekonomi terbesar dunia itu berusaha mencapai kesepakatan dalam perjanjian bagi menamatkan perang perdagangan yang berpanjangan , yang menyaksikan tarif berbilion dolar dikenakan ke atas barangan kedua-dua negara, yang mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia.

Ringgit didagangkan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Ia tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0438/0471 daripada 3.0450/0485 pada penutupan Khamis, tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.8691/8729 daripada 3.9032/9080 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6103/6153 daripada 4.6238/6286.

Mata wang tempatan bagaimanapun rendah berbanding pound British kepada 5.2292/2346 daripada 5.1373/1439 semalam. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini