Ringgit dibuka lemah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka lemah


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan data ekonomi yang mengecewakan semalam menyebabkan keraguan terhadap momentum pertumbuhan ekonomi negara, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, ringgit disebut pada harga 4.1500/1530 berbanding dolar AS berbanding 4.1410/1440 Selasa.

Peniaga berkata, Indeks Harga Pengeluar (PPI) menyampaikan prestasi mengecewakan di tengah-tengah penguncupan semakin meluas pada September berbanding Ogos, memalapkan harapan bahawa PPI dapat berada di landasan untuk pemulihan yang berterusan.

“Penguncupan yang lebih mendalam dalam perlombongan, turun 14.4 peratus tahun ke tahun dan terendah tahun ini, membimbangkan kerana ini mungkin memberi kesan kepada eksport dan momentum pertumbuhan memandangkan perlombongan mewakili kira-kira tujuh peratus daripada ekonomi," katanya.

PPI September bagi pengeluaran tempatan turun 2.4 peratus berbanding bulan sama tahun lalu dan turun 1.9 peratus berbanding Ogos.

Nota tempatan juga didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0461/0501 daripada 3.0415/0448 penutup Selasa dan menyusut nilai berbanding yen kepada 3.8098/8132 daripada 3.7932/7966.

Ia lemah berbanding pound British kepada 5.3352/3399 daripada 5.3158/3213 dan merosot berbanding euro kepada 4.5700/5737 daripada 4.5679/5729. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini