Infografik: Pemilihan Masa Dan Instrumen Perdagangan Terbaik Berdasarkan Statistik Pelanggan Sebenar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Infografik: Pemilihan Masa Dan Instrumen Perdagangan Terbaik Berdasarkan Statistik Pelanggan Sebenar


Berita mengejutkan: rahsia universal untuk perdagangan yang menguntungkan… tidak wujud. Sungguh pun begitu, masih ada harapan selagi kita boleh menganalisa statistik dan mengesan pola yang berulang-ulang bagi dagangan yang berjaya. Inilah yang telah kami lakukan.

Penafian: Reviu berikut telah dilakukan berdasarkan kepada statistik prestasi para pelanggan FBS berdasarkan negarai/instrumen bagi tahun 2019. Ia bukan bertujuan untuk mencadangkan nasihat yang sesuai secara universal bagi setiap keadaan kerana data berbeza-beza dari satu wilayah ke wilayah yang lain dan ia berdasarkan kepada angka mentah, bukannya analitik. Sungguh pun begitu, ia memberikan wawasan yang berharga terhadap pemilihan masa yang terbaik dan faktor-faktor lain yang mampu meningkatkan prestasi perdagangan anda.Jangan harapkan keajaiban, tetapi janganlah juga mengabaikan hikmah yang terselindung disebalik angka-angka! 

Apakah matlamatnya?

Idea di sebaliknya mudah sahaja.

Kami telah menganalisa prestasi perdagangan komuniti FBS, iaitu seramai 14 juta orang dari seluruh dunia. Secara khususnya, kami ingin mengetahui:

* Hari terbaik dalam satu-satu minggu untuk membuka pesanan berdasarkan negara/pasangan matawang
* Instrumen perdagangan yang paling menguntungkan tahun lalu
* Masa terbaik untuk membuka pesanan berdasarkan negara
Mengapakah maklumat ini penting?

Di Forex, anda harus berikan perhatian kepada pelbagai faktor. Mengetahui agenda politik dan strategi perdagangan itu bagus, tetapi mempertimbangkan faktor-faktor "kecil" juga penting. Lebih banyak elemen yang anda pertimbangkan, peluang anda menjadi lebih cerah.

Jadi mari kita teruskan.

Hari terbaik dalam suatu minggu untuk membuka pesanan (berdasarkan negara)

Anda mungkin seorang otai Forex, tetapi ada kalanya apa yang anda perlu lakukan adalah untuk muncul beraksi pada waktu yang tepat. Pasaran tidak bergerak sendiri, ia digerakkan oleh manusia dan institusi yang beroperasi di dalamnya dan mereka mempunyai pola tingkah laku dan tabiat.

Pakar-pakar FBS telah menganalisa tingkah laku para pedagang dari hampir 60 negara untuk melihat pada hari apakah mereka membuat paling banyak keuntungan.

Inilah dapatan yang kami perolehi.

Amerika Latin sangat sukakan hari Selasa dan tampaknya seperti mereka membenci hari Khamis.


Kebanyakan keuntungan para pedagang Eropah diperoleh dari hari Isnin hingga Rabu.



Sama seperti Eropah, Asia tampaknya seperti tidak menyukai hari Khamis dan paling aktif pada hari Selasa dan Jumaat.



Timur Tengah dan Afrika Utara tampak seperti tidak mempunyai mana-mana "hari bertuah" yang tertentu, dan mereka menjana hasil secara sekata sepanjang minggu. Nah, itu semangat yang kita mahukan!


Keuntungan Afrika paling menyerlah pada hari Isnin dan memperlahan beransur-ansur sepanjang hari-hari yang tersisa, jadi mereka benar-benar menyepi pada hari Jumaat.



Waktu terbaik untuk membuka pesanan (berdasarkan negara)

Waktu untuk berdagang Forex adalah satu hal yang mustahak dipertimbangkan. Pasaran tidak pernah tidur – bursa New York tutup, bursa Tokyo pula buka, dan begitulah kitarannya berulang-ulang. Para pedagang dari wilayah-wilayah berlainan perlu mengadaptasikan jadual mereka kepada arus pasaran untuk dapat bersama beraksi di waktu yang paling meriah dan rancak. Ini penemuan kami:






Kita teruskan ke kategori selanjutnya :-

Hari terbaik dalam suatu minggu untuk membuka pesanan (berdasarkan pasangan matawang)

"Hmm, bagaimana jika ia bukanlah tentang hari dalam minggu tetapi juga pasangan matawang?" Mari kita lihat.


Seperti yang dijangka, ada "chemistry" di antara hari Isnin dan banyak pasangan matawang, termasuk kebanyakan major. Tidak hairanlah – urusniaga tertangguh pada hujung minggu, tetapi ia tidak bermakna ekonomi berhenti. Bila minggu baru bermula, pasaran dibanjiri oleh para pedagang yang kelaparan, dan pada waktu inilah keajaiban berlaku.

Bagaimana pun, pesanan-pesanan EURUSD cenderung untuk memberi lebih banyak pulangan pada hari Jumaat, dan ini juga mudah dijelaskan: hujung minggu bakal menjelma!

Namun, seperti yang sudah dinyatakan di dalam penyataan penafian di atas, statistik ini bukanlah jaminan 100%, walaupun sukar untuk kita abaikan kolum 'Isnin' dan 'Jumaat' yang begitu menyerlah.

Mulai sekarang, hari Isnin bukanlah hari wajar dibenci sangat, benar?

Dan akhirnya –

Instrumen perdagangan yang paling menguntungkan 

Bukan lagi rahsia bahawa beberapa instrumen mempunyai potensi keberuntungan yang lebih baik dari yang lain (jika anda tahu menggunakannya).

Tetapi ini bukanlah suatu yang malar. "Pendahulu" senarai berubah sepanjang masa bergantung kepada senario politik dan ekonomi semasa – berikut adalah situasinya pada tahun 2019.


Real Brazil, NASDAQ, dan minyak mengungguli senarai instrumen perdagangan yang paling menguntungkan untuk 12 bulan terakhir. Namun statistik bagi bulan terakhir menunjukkan dominasi instrumen seperti WTI, AUDCHF, dan NZDJPY.



Jika anda seorang pedagang intrahari dan lebih gemar berkerja dengan pesanan jangka pendek, lebih baik anda pantau statistik jangka pendek.

Jadi, apakah pengajaran yang statistik-statistik ini berikan?

Pertama sekali, bila bercakap tentang perdagangan, lebih banyak yang anda tahu lebih baik – anda tidak tahu bila suatu data itu akan diperlukan.

Kedua, mempertimbangkan untuk menggunakan pengalaman komuniti adalah langkah yang bijak. Sila maklum: dipertimbangkan, bukan diikut membabi-buta! Lagi pun, menurut Nassim Taleb, perkara luar jangka memberikan keuntungan yang terbaik.

Adakah pola perdagangan anda sejajar dengan statistik bagi wilayah anda?



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini