Standard Deviation - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Standard Deviation


Sisihan Piawai (SD, Standard Deviation) adalah sebuah indikator yang mengukur sisihan harga (price deviation) dari purata bergerak. Dalam kata lain, ia mengukur kemeruwapan.

Cara-cara memasang di carta.

SD boleh ditemui di set default indikator di MetaTrader. Pergi ke “Insert”, cari “Indicators”, dan seterusnya “Trend” – dan anda akan dapat menemui “Standard Deviation”.




Tempoh default (default period) adalah 20, dan secara default ia menggunakan ‘Close’ (harga penutup setiap bar). Jika anda tingkatkan tempoh, garisan indikator akan menjadi lebih lembut dan menghasilkan bacaan yang sangat tinggi atau sangat rendah dengan lebih jarang-jarang. Jika anda kurangkan nilai tempoh, garisan SD akan mencapai nilai ekstrim tinggi dan rendah lebih sering. Dalam masa yang sama, akan ada lebih banyak signal yang palsu. Alhasil, anda perlu bereksperimen dan melaras tetapan indikator ini supaya ia padan dengan instrumen dagangan anda dan kemeruwapannya secara spesifik. Secara amnya, tetapan standard dengan nilai 20 dianggap andal.

Cara-cara mentafsir.

SD menunjukkan skala perubahan harga secara relatif kepada Purata Bergerak (MA, Moving Average). Jika nilai indikator meningkat, pasaran meruwap dan ayunan harga (price swing) lebih menjauh dari purata bergerak. Jika nilai indikator adalah kecil, ia bermakna kemeruwapan pasaran adalah rendah dan harga cenderung bermain berdekatan dengan purata bergerak.

Para pedagang perlu tahu bahawa masa aktif dan tenang di pasaran biasanya berselang-seli antara satu sama lain, dan harga sentiasa cenderung untuk kembali ke paras purata.

- Peningkatan garisan SD bererti kemeruwapan tinggi kerana harga penutup dan purata harga pentuup berbeza dengan banyak. Nilai SD yang sangat tinggi memberikan amaran bahawa aktiviti semasa akan tenang semula tidak lama lagi dan akan diikuti dengan satu fasa pengukuhan.

- Penurunan garisan SD bererti kemeruwapan rendah, pasaran tidak aktif (harga stabil). SD yang sangat-sangat rendah memberi signal bahawa harga bakal bergerak tidak lama lagi.

Selain itu, nilai semasa Sisihan Piawai boleh digunakan untuk menganggar seberapa signifikankah pergerakan harga. Gerakan yang lebih besar dari satu sisihan piawai menunjukkan kekuatan atau kelemahan pasaran yang lebih dari nilai purata (above average), bergantung kepada arah pergerakan.

SD sering digunakan sebagai sebahagian dari indikator lain yang lebih canggih, contohnya Jalur Bollinger (Bollinger Bands). Jalur-jalur ini adalah set 2 sisihan piawai yang mengapit di atas dan di bawah satu jalur purata bergerak. Baca lebih terperinci tentang Jalur Bollinger di sini.

Secara keseluruhannya, indikator SD boleh membantu anda melakukan perkara-perkara yang berikut:

Pilih titik tinggi dan rendah (tops & bottoms) di pasaran yang penting (anda perlu mencari harga yang sangat meruwap, yang mencacak terlalu jauh dari min/purata).Mensasarkan titik masuk di dalam suatu trend (jika trend itu kuat anda boleh mensasarkan kemasukan di harga purata, iaitu bila SD adalah rendah).Jika harga didagangkan dalam satu julat yang sempit dan tiba-tiba sisihan piawai yang tinggi menolak harga jauh dari dari min/purata, anda boleh berdagang bila berlaku penembusan.

Kesimpulan.

Sisihan Piawai sangat mudah untuk difahami. Ia menunjukkan sama ada kemeruwapan sedang tinggi atau rendah. Maklumat ini akan membantu anda memasuki pasaran pada masa yang betul.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini