Video : Mara Ke Hadapan – Laporan Tahunan Untuk 2019 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Video : Mara Ke Hadapan – Laporan Tahunan Untuk 2019


Tahun ini masa bergerak lebih pantas, menjadikan kami lebih fokus dan produktif. Kami berjaya memperkenalkan perkakas-perkakas baru yang terbukti menyerlah dan mendapat kepercayaan di pasaran. Membentuk pengalaman yang paling progresif untuk para pelanggan dan rakaniaga, kami mara lebih jauh ke hadapan, dan lebih berempati bila berhadapan dengan mereka yang memerlukan.

Pasukan FBS menjadi lebih kuat, lebih inovatif, dan sangat komited dalam usaha menjayakan para pengguna kami di lebih 190 buah negara di seluruh dunia.

Sekilas perjalanan FBS di tahun 2019, termasuk semua tonggak sejarahnya, momen-momen yang ingin kami syukuri, dan pelbagai anugerah yang membanggakan kami.


Mengembangkan Komuniti

Tahun ini lebih tiga juta orang telah menyertai keluarga FBS, berkembang kepada 14+ juta pedagang di seluruh dunia. Sepanjang 24 bulan yang lepas, bilangan pengguna setia servis-servis kami telah meningkat sekali ganda!

Pada tahun 2019, fungsi-fungsi dipertingkatkan dan yang baru diperkenalkan untuk meningkatkan prestasi, dan ini telah menarik lebih 3.7+ juga pelanggan baru dan 5.2+ juta akaun dibuka.


Februari adalah bulan keraian untuk FBS. Kami telah menyambut 10 tahun kewujudan kami, menyantuni kedatangan orang-orang baru, dan merancang perjalanan seterusnya. Tatkala kami menerima kepercayaan anda sebagai satu hadiah, kami sendiri memberikan ganjaran dan hadiah. Nilai terkumpul hadiah ulangtahun kami mencapai lebih dari $1,215,000 dengan item-item seperti MacBook dan iPhone, jam Apple, dan cenderahati berjenama yang lain.


Jalinan Kerjasama 



Kami telah menyaksikan satu pencapaian besar untuk rakaniaga. Bermula dari bulan Jun, para rakaniaga paling cemerlang telah menyertai peraduan FBS Stars. Dua puluh pemenang dari 10 wilayah telah melawat ibu pejabat FBS dan menikmati parti Malam Gala serba mewah di kota St. Petersburg, Rusia. Setelah berseronok, kami sajikan pula peningkatan yang lebih besar.


Di bulan Oktober, FBS memperkenalkan laman web serba baru untuk para rakaniaga yang kini boleh memilih cara mereka akan berkerjasama dengan kami. Ada dua program rakaniaga - FBS Affiliate dan FBS Introducing Broker. Bergantung kepada keperluan dan prioriti kaedah operasi mereka, rakaniaga boleh memohon opsyen yang paling menguntungkan. Sebagai rakaniaga IB, anda menerima sehingga $80 bagi setiap lot yang didagangkan pelanggan-pelanggan anda, manakala sebagai affiliate anda perlu menjadi seorang pakar web yang tahu cara untuk menukarkan trafik menjadi wang. Affiliate boleh memilih di antara 2 opsyen pembayaran: CPA (sehingga $16 bagi setiap CPA pelanggan) dan Perkongsian Perolehan (sehingga 70% dari komisen spread).

Anjakan Mobiliti



App laman peribadi mobile FBS telah dilancarkan, memberikan akses kepada maklumat-maklumat penting yang diperlukan para pedagang setiap hari. Ia alat bantuan pengurusan akaun FBS yang membolehkan anda menjejak statistik dan transaksi, memperbaiki strategi anda, melakukan deposit dan pengeluaran, dan menyimpan data peribadi dengan selamat. App ini tersedia untuk Android dan iOS dan telah dimuat turun lebih 437,000 kali.


App FBS Trader ialah sebuah platform perdagangan yang menggabungkan toolset platform tradisional dengan antaramuka yang mudah difahami. Ia menampilkan carta yang terperinci dan maklumat bagi setiap pasangan matawang, keupayaan untuk menguruskan pesanan, deposit dan pengeluaran, dan perhubungan secara langsung dengan pasukan khidmat pelanggan pada bila-bila masa, di mana jua.

App CopyTrade sedia ada telah menerima sekurang-kurangnya [61 kemaskini untuk Android dan iOS] dan pelbagai penambahbaikan. Kami telah memperkenalkan komisen malar 5% yang dibayar oleh pelabur untuk membolehkan mereka meniru urusniaga mana-mana pedagang. Kini anda boleh mengikuti gerakan pasaran mana-mana pedagang handalan tanpa berasa ralat dengan komisen yang tinggi. Tambahan lagi, mereka yang meniru kini boleh melihat aktiviti pemain terbaik untuk menilai keberkesanan strategi mereka.

Menyediakan Servis-servis Terunggul



Maklum balas dari anda telah mendorong kami melakukan pembaharuan berikut pada tahun ini.

Di bulan Oktober, kami telah memperkenalkan indeks-indeks saham yang popular - NASDAQ dan S&P 500 - ke senarai instrumen perdagangan kami. Selain dari itu, para pelanggan dari Jepun juga kini boleh membuka akaun di dalam nominasi Yen (JPY).

Seksyen kewangan di Laman Peribadi kini lebih mesra pengguna, menjamin akses terpantas kepada operasi kewangan.

Peluang-Peluang Promosi


Tahun Baru telah muncul bersama dengan Trade 100 Bonus. Promosi untuk pedagang baru ini membolehkan para pedagang menggunakan $100 yang diberi percuma untuk meningkatkan kemahiran mereka, meninjau pasaran, dan mencuba perdagangan sebenar. Para pelanggan yang telah mengaktifkan bonus ini berjaya memperolehi +$1,112,000 tanpa memerlukan sebarang pelaburan dari mereka.

Pelanggan-pelanggan kami telah berpeluang menyertai promo Trip for Pip dan dapat berkenalan dengan Pete – seorang budak pejabat yang sedih dan mahu melarikan diri dari rutin harian beliau untuk memulakan hidup baru sebagai seorang pedagang. Selepas melengkapkan misi-misi menarik di dalam permainan online, pemenang berpeluang melawat Dubai dan menginap di hotel 5 bintang.

Rangkaian Offline




Pada tahun 2019, FBS telah menyerlah sebagai penaja rasmi dua acara signifikan di rantau Arab dan Asia: Egypt Investment Expo, Traders Fair & Gala Night di Vietnam, dan Malaysia. Ketiga-tiga acara menyaksikan kehadiran pakar-pakar terbaik di dalam sektor kewangan, pengasas-pengasas syarikat, ikon-ikon inovasi, dan para pedagang berpengaruh yang bersemangat berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka.

Menerima Pengiktirafan 



FBS menghias rak pialanya dengan trofi-trofi baru untuk penawaran mobile dan servis-servis web. Kami berasa bangga dan bersyukur di atas kepercayaan dan penghargaan anda. Berikut adalah pencapaian tersebut:

Most Progressive Forex Broker Europe
Best Forex Broker Europe
Best Forex Broker Vietnam
Best Forex Broker Middle East
Best Copy Trading Platform
Best Trading Service in Vietnam
Best Broker in Malaysia

Membantu Pelanggan

Kepantasan, efisiensi, dan komitmen adalah nilai-nilai fundamental pasukan khidmat pelanggan kami. Di sini, angka-angka dapat menghuraikannya dengan lebih baik.

Pakar-pakar kami telah menutup lebih dari satu juta chat, iaitu sekitar 4.000 per hari. Anda hanya perlu menunggu 33 saat untuk menerima jawapan, dan 95.95% merasa puas dengan solusi yang kami tawarkan.

Kami menangani lebih dari 200.000 isu melalui email. Secara purata, kami memerlukan kurang dari satu jam untuk menjawab semua pertanyaan anda dan menawarkan penyelesaian yang relevan.

Pusat Bantuan kami pun menjadi lebih besar dengan 86 artikel baru. Kini, 27.000+ orang tahu cara memulihkan kata laluan FBS karena ini adalah topik paling popular di sepanjang masa.

Menurut kata-kata kalian, ahli-ahli pasukan khidmat pelanggan kami tidak kurang dari “5 bintang”, “terbaik”, dan ada yang mahu menamakan anak-anak kalian sempena nama mereka. Pasti sekali, nama julukan dari kalian untuk syarikat ini yang paling kami gemari adalah “one-love corporation”. Kami sangat setuju sekali!

Membentuk Dunia Yang Lebih Baik 




Tidak wujud walaupun satu hari di mana kami tidak cakna dan peduli. Kebajikan dan tanggungjawab sosial kukuh di dalam DNA kami, jadi 2019 mewarisi tradisi yang sudah lama diamalkan, memenuhi keperluan-keperluan khusus, dan menjadikan impian orang ramai di seluruh dunia satu kenyataan.


Promosi tahunan Ramadan telah membantu kami mengumpulkan $241,221 untuk membantu sembilan badan kebajikan di beberapa negara di dunia Muslim. Pedagang-pedagang terbaik telah menyumbang sambil berdagang untuk tujuan yang suci. Ia adalah promo Ramadan ke-5 berturut-turut – kami amat berbangga dengan tradisi yang bermanfaat ini!

Kami mewarisi pertandingan Dreams Come True dari 2018 dan tidak menyesal! Setiap bulan FBS membuat kehidupan orang ramai lebih cerah dengan memenuhi impian yang lama. Individu berani yang bercakap mengenai keinginan mereka di Facebook mendapat ganjaran.

Alat pembuat roti, mesin kopi, mesin penjagaan wajah HIFU untuk sebuah spa tempatan, kursus pengaturcaraan untuk bakal jurutera perisian, mesin jahit telah mengukir senyuman di wajah para peserta dari pelbagai negara di seluruh dunia.

Ramai telah meminta hadiah yang dapat memperbaiki keadaan kehidupan orang-orang di sekeliling mereka. Justeru kami telah memasang pendingin udara di sebuah masjid; membawakan alat bantuan pembelajaran untuk pendidikan, latihan, dan pelbagai aktiviti melibatkan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan; dan menghantarkan sebuah mesin fotostat untuk sebuah sekolah agama yang terletak di pedalaman.

Terima kasih kepada semua untuk tahun yang produktif dan dinamik! Kami akan tempuh 2020 dengan penuh keterujaan dan cita-cita yang munasabah.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini