Panduan Tahun 2020 Untuk Pedagang Berjaya - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Panduan Tahun 2020 Untuk Pedagang Berjaya


Tahun akan datang membuka lembaran dekad yang baru. Peristiwa-peristiwa di dalam Blade Runner seharusnya sudah pun terjadi. Adakah anda rasa masa depan akhirnya sudah tiba? Di dalam artikel ini, kita akan meninjau pelbagai hal dari sudut ekonomi. Adakah trend-trend yang kita dapat lihat di tahun 2019 terus berlanjutan ke tahun 2020?

Apakah yang akan terjadi dengan ekonomi global? Dan akhir sekali, aset-aset yang manakah yang akan menawarkan peluang pelaburan dan perdagangan terbaik? Bacalah laporan yang disediakan oleh pasukan penganalisis FBS untuk menemui jawapan kepada persoalan-persoalan ini.

Melabuhkan tirai 2019



Adalah penting untuk kita cari pengajaran dari pengalaman. Dengan melihat topik-topik utama setahun yang sudah, anda boleh belajar banyak perkara yang akan memanfaatkan anda di masa hadapan.

Tahun yang penuh dengan perang dagang

Sepanjang setahun yang telah berlalu, hubungan dagang antara China dan Amerika Syarikat menegang dan mengendur silih berganti. Topik ini tidak pernah lekang dari minda mereka yang membuat keputusan untuk berdagang. Tahun 2020 akan bermula dengan kedua-dua pihak menandatangani fasa pertama perjanjian dagang. Namun, tidak semua isu telah diselesaikan. Ada pakar-pakar yang mengatakan bahawa perdamaian mutlak hubungan dagang akan memerlukan 5-10 tahun untuk dicapai, yang lain pula menyebut ia akan berlangsung selamanya. Kami fikir tahun baur ini harus lebih tenang dengan bilangan berita berkaitan perang dagang yang berkurangan. Para pelabur lebih cenderung untuk mengambil risiko dan merebut peluang untuk meraih manfaat dari instrumen seperti minyak dan saham. Dalam masa yang sama, ingat bahawa masih ada kemungkinan kita akan menerima berita buruk, jadi pengurusan risiko yang wajar amat diperlukan.

Kebimbangan kemerosotan ekonomi AS

Ada banyak berita utama yang berkaitan dengan kemungkinan kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat. Penganalisis menemui berlakunya fenomena "penyongsangan keluk hasil". Secara ringkasnya, ia adalah satu situasi abnormal di mana meminjam wang untuk tempoh pendek memakan kos yang lebih tinggi berbanding meminjam untuk jangka panjang. Di tahun-tahun sebelum ini, penyongsangan seperti ini membuatkan ekonomi AS mengecut. Kali ini bagaimana pun, keluk ini kembali ke normal dengan pantas membuatkan ahli-ahli ekonomi meneka-neka apa yang akan terjadi seterusnya.Tak dapat disangkal lagi, ekonomi AS memang mempunyai beberapa masalah. PMI pembuatan ISM jatuh di bawah aras penting 50 poin untuk kali pertama sejak 2016. Dalam masa yang sama, kadar pengangguran telah jatuh ke paras terendah dalam 50 tahun dan NFP menunjukkan angka terbaik dalam tempoh 10 bulan pada bulan November, jadi masa depan bagi banyak hal tidaklah segelap seperti yang dipropakan oleh mereka yang pesimis.

Ketakutan akan kemerosotan ekonomi telah pudar dan ini bagus untuk USD.

ECB - perubahan pucuk kepimpinan

Mario Draghi yang mengemudi Bank Pusat Eropah sejak 2011 telah melepaskan jawatan beliau. Pengganti beliau, Christine Lagarde, bekas ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF, International Monetary Fund), tidak mempunyai pengalaman sebagai pegawai bank pusat. Buat masa ini, beliau tidak memberikan banyak petanda bahawa dasar monetari yang longgar akan berubah. Ini dijangka akan menghadkan kekuatan EUR.

Brexit
Sukar dipercayai bahawa setelah melalui banyak rundingan yang menyiksakan selama hampir 3 tahun, akhirnya masa depan Brexit menjadi lebih jelas. Kita akan mengingati 2019 sebagai tahun pemergian Theresa May dan ketibaan Boris Johnson yang menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri British dan mengukuhkan kuasanya dengan mengadakan dan memenangi pilihanraya baru. Janji Johnson adalah untuk "menyudahkan Brexit" secepat yang mungkin. Tarikh akhir yang dipersetujui dengan Kesatuan Eropah buat masa ini adalah 31 Januari 2020. Kini, Perdana Menteri mendapat sokongan Parlimen untuk meluluskan undang-undang Brexit. Satu-satunya persoalan yang tinggal adalah sama ada Johnson dan Kesatuan Eropah berkongsi persefahaman? Sebarang keraguan tentang itu akan menjejaskan GBP. 

2020: peristiwa yang akan datang



Pilihan raya presiden AS
Amerika akan memilih ketua baru mereka pada 3 November. Donald Trump berpeluang untuk bertarung semula mewakili Republikan. Masih belum jelas lagi siapa yang akan mewakili Demokrat. Secara keseluruhannya, Trump sebagai presiden telah banyak membantu pasaran kewangan menerusi pendekatan mesra bisnes beliau. Jika beliau mendapat sepenggal lagi di Oval Office, S&P 500 akan berpeluang untuk meneruskan trend bullish.

Dasar Rizab Persekutuan
Pada mesyuarat yang terakhir, bank pusat AS ini telah mensignalkan bahawa ia menjangkakan untuk mengekalkan kadar dana persekutuan pada tahun 2019. Tentu sekali niat bank pusat ini boleh berubah setelah beberapa bulan berlalu: lagi pun, Fed memantau ekonomi bila ia membuat keputusan. Kami menjangkakan walaupun pemotongan kadar masih lagi satu opsyen, regulator ini akan mengelak dari mempertimbangkan kenaikan kadar kerana kebimbangan berlakunya kemerosotan ekonomi masih belum pudar sepenuhnya. Dasar sebegini akan menghadkan keupayaan USD untuk menguat dan menyokong pasaran saham.

Aset-aset



Seperti yang anda dapat lihat dari gambar di bawah, matawang-matawang utama menghabiskan banyak masa di dalam julat. Matawang-matawang eksotik dan komoditi menunjukkan perbezaan terbesar di antara harga pembukaan dan penutupan tahunan. Adakah situasi ini akan berulang pada tahun 2020? Di bawah anda akan menemui tinjauan kami untuk aset-aset utama.

Matawang utama



EUR dan GBP
Prestasi euro akan banyak bergantung kepada sama ada ekonomi euro menemui paras terendah dan mula pulih, atau pun tidak. Ini akan bergantung kepada Brexit dan keadaan ekonomi China. Secara keseluruhannya, EUR mempunyai peluang yang lebih baik berbanding di tahun 2019, walaupun dasar ECB tidak menjadi faktor yang negatif. Untuk EUR/USD aras-aras utama adalah 1.1355 dan 1.1478, di mana terletaknya purata bergerak mingguan.

Pound akan didorong oleh apa yang berlaku selepas Brexit. Adakah Boris Johnson akan berjaya mencapai perjanjian dagang yang adil dengan EU, dan jika benar, seberapa pantas? Lebih cepat ini dicapai, lebih baik ianya untuk GBP. Majoriti di parlimen akan meleraikan belenggu di tangan Johnson. Perjanjian ekonomi yang mantap dengan Kesatuan Eropah akan merintis jalan menuju 1.40/1.44 untuk GBP/USD. Jika rundingan menemui titik buntu, pasangan ini akan sekali lagi menguji 1.20.   

JPY dan CHF
Permintaan yang berkurangan untuk aset-aset perlindungan akan menjadi faktor negatif buat yen Jepun dan franc Switzerland. Analisis teknikal dan pengesahan trend akan perlu dilakukan, tetapi idea tentang betapa JPY mungkin melemah melawan matawang utama lain boleh memberikan kita idea perdagangan yang mantap. Untuk senario ke atas, USD/JPY boleh mensasarkan aras 114.00. CHF tampak lebih kuat dari JPY jadi USD/CHF akan menemui rintangan di sekitar aras kesamaan (parity level) 1.0000.

AUD, NZD, CAD
Matawang-matawang ini telah melalui waktu-waktu sukar pada tahun 2019. TIdak menghairankan: kebimbangan perdagangan yang berterusan telah menjauhkan para pelabur dari membeli. Ini benar lebih-lebih lagi untuk AUD dan NZD, yang terdedah kepada China. Dalam masa yang sama, ketiga-tiga matawang telah berjaya menemui sokongan melawan USD dan menstabil. Kini adalah perlu untuk melihat sama ada mereka berjaya mengatasi rintangan downtrend jangka panjang. Sebagai contoh, untuk AUD/USD rintangan utama di sebelah atas berada di 0.70.

Matawang-matawang eksotik



 BRL
Real Brazil telah mengalami tekanan negatif melawan USD akibat dari isu politik dalaman. Presiden baru, Jair Bolsonaro, terpaksa berhadapan dengan aktiviti pembangkang yang kuat. Lelongan minyak yang disasarkan untuk menarik pelaburan besar telah gagal, dan percubaan bank pusat untuk melakukan intervensi di pasaran matawang telah mengundang amarah Donald Trump yang mengumumkan tarif terhadap import Brazil.Penganalisis FBS, Hamilton Lopes, pesimis dengan prospek BRL di tahun 2020. "Tidak ada jalan untuk matawang Brazil menguat dengan cukup untuk menjadikan USD/BRL turun menghampiri 4.00 di masa terdekat". Walaupun kami berasa simpati dengan rakyat Brazil, pengetahuan ini memberikan kita idea perdagangan yang baik untuk membeli USD/BRL bila ia turun sedikit.

MXN 
Ekonomi Mexico tidak mengkagumkan para pelabur di tahun 2019. Sebab utamanya adalah ketidaktentuan yang berterusan tentang hubungan antara Mexico dan Amerika Syarikat, rakan dagang nombor satu mereka. "Kebarangkalian Kongres Amerika akan meluluskan perjanjian perdagangan bebas T-MEC di tahun 2020 telah meningkat. Jika ini berlaku, eksport Mexico dan aktiviti komersil akan pulih," fikir Tibisay Ramos, penganalisis FBS di Sepanyol dan Amerika Latin.

USD/MXN dalam beberapa tahun kebelakangan ini mengukuh di dalam segitiga. Aras yang harus dipantau untuk gerakan ke bawah termasuklah 18.70, 18.50 dan 18.00. Kekuatan USD akan membawanya kepada 19.60 dan had atas segitiga berada di zon 20.00.

TRY
Lira Turki berhadapan waktu-waktu sukar sepanjang beberapa tahun kebelakangan kerana faktor-faktor politik dan masalah ekonomi. Ini kata penganalisis FBS Onur Erkan Yildiz tentang matawang kebangsaan beliau: "Kami fikir inflasi dan kadar pengangguran Turki akan semakin baik. Namun, anjakan secara fundamental untuk mencapai yang lebih baik sangat tidak mungkin. Lira mungkin akan terus kehilangan nilai melawan USD. Untuk USD/TRY kami mensasarkan paras 6.40 di tahun 2020."


Komoditi



Minyak Mentah
Minyak telah mengukuh di tahun 2019: jika kita lihat pada carta Brent, ia menunjukkan swing harga yang lebih kecil berbanding tahun lalu. Prospek pertumbuhan yang lebih baik di ekonomi-ekonomi utama dunia bererti permintaan yang lebih tinggi untuk minyak. Di pihak para pembekal pula, OPEC telah bersetuju di bulan Disember untuk merendahkan lagi pengeluaran sebanyak 500,000 tong sehari sehingga bulan Mac 2020. Tambahan lagi, Arab Saudi telah melanjutkan pemotongan pengeluaran secara sukarela mereka. Keterhadan pengeluaran minyak sebegini turut memainkan peranan positif untuk harga.

Penganalisis FBS, Elizabeth Belugina, menyatakan bahawa peristiwa-peristiwa penting untuk minyak nanti ialah mesyuarat OPEC pada Mac 2020 di Vienna di mana para pengeluar minyak akan memutuskan seberapa banyak minyak hendak dikeluarkan sehingga ke hujung tahun tersebut.

Mengambil kira semua yang telah disebutkan di atas, kita boleh menjangkakan bahawa dalam senario terburuk sekali pun minyak akan mendapat sokongan di tahun 2020. Senario terbaik akan menyaksikan Brent mara ke paras tertinggi 2019 di $75.60 dan paras tertinggi 2018 di $86.70.

Emas
Ketidaktentuan global di tahun 2019 mengangkat harga emas lebih tinggi. Logam kuning ini telah naik dari paras di bawah $1,260 di bulan Januari ke paras tertinggi Ogos di atas $1,460. Pendorong utamanya berkaitan dengan ketidaktentuan hubungan dagang AS-China, Rizab Persekutuan yang dovish, konflik antara Amerika Syarikat dan Iran, tindakan ketenteraan Turki di sempadan Syria dan ancaman nuklear oleh Korea Utara.

Keredaan perang dagang menjurus kepada pengukuhan harga. Namun, ramai penganalisis berfikir bahawa masih terlalu awal untuk kita abaikan emas kerana ketegangan dagang masih jauh dari pulih sepenuhnya. Justeru itu, paras $1,600 dan malah $1,700 masih lagi mungkin. Sila beringat bahawa selain dari ketegangan hubungan dagang AS-China, faktor-faktor positif lain yang mungkin memainkan peranan untuk logam ini termasuklah kebimbangan menjelang pilihanraya presiden AS.

Saham



S&P 500
2019 tahun yang menceriakan bagi pasaran saham Amerika. Penganalisis FBS, Darya Bobrova, melihat ada sebab yang munasabah trend ini akan berterusan: "S&P 500 dijangka akan kekal di paras $3,000. Sungguh begitu, kenaikan ini tidak akan sehebat di tahun 2019". Di antara sebab-sebabnya pertumbuhan yang semakin perlahan untuk indeks ini adalah pertumbuhan yang semakin perlahan, kemerosotan pembelian balik saham, kemeruwapan tinggi akibat dari pilihanraya presiden, serta risiko perang dagang yang berlanjutan.

Saham-saham individu juga akan menarik banyak perhatian pada tahun 2020. Anda akan temui sebahagian darinya di bawah.

Disney vs Netflix: perang striming
2020 akan menjadi medan pertempuran antara dua gergasi ini: Disney dan Netflix. Kedua-dua syarikat ini menawarkan servis striming termasuk pelbagai filem, siri, dan rancangan televisyen, dan kedua-duanya mempunyai cita-cita yang besar: Netflix mahu kekal sebagai #1, dan Disney mahu menawan pasaran menjadi #1.

Dari segi prestasi, saham Disney menunjukkan peningkatan yang lebih menyerlah sepanjang setahun kebelakangan ini, ketika ini di sekitar $147. Netflix didagangkan sekitar $315 sesaham. Ia terus meningkat sejak Oktober tahun ini namun downtrend secara keseluruhan belum menunjukkan tanda-tanda ia akan berubah.

Penganalisis FBS, Gaspar Markosyan menganggap Disney sebagai peluang pelaburan yang baik. Teras perniagaan yang kukuh, peminat yang setia, dan peluang pengembangan yang mencukupi justeru dari pelancaran Disney+ baru-baru ini memberikan banyak ruang kepada saham Disney untuk meningkat.

Apple dan perang dagang 
Para penganalisis berkata ketidaktentuan AS-China telah menjadi rintangan besar untuk saham Apple menguat ke paras yang selayaknya. Kini setelah terma-terma fasa pertama sudah dipersetujui, ia merintis jalan untuk Apple merealisasikan potensi mereka yang sepenuhnya. Tambahan lagi, syarikat ini baru-baru ini telah melancarkan iPhone 11 dan berkongsi wawasan mereka untuk tahun-tahun mendatang – ini satu lagi faktor pertumbuhan untuk saham ini. Dengan harga $270 sesaham, ia telah menunjukkan prestasi terbaik sejak 2009. Lebih dari itu, sesetengah penganalisis meramalkan pertumbuhan Apple yang seterusnya mencecah $325 pada tahun 2020. Jelas sekali ini satu idea perdagangan yang berbaloi diselidiki.

Tesla
Sungguh pun perolehan yang mengecewakan di suku tahun pertama dan kedua, dan kegusaran tentang perang dagang AS-China, saham Tesla berprestasi agak baik di tahun 2019. Syarikat ini berjaya menstabilkan angka-angka kewangan mereka di hujung tahun, dan pelancaran Cybertruck yang unik dan inovatif menghidupkan semula minat para pelabur. Sesetengah pakar mengatakan bahawa ia saham yang "mesti dibeli" oleh semua pedagang, menjangkakan kenaikan melebihi paras $420 pada tahun 2020. Para penganalisis FBS, Ekaterina Gorbatenko melihat Tesla sebagai pelaburan yang menarik. Kilang baru di Jerman dan model baharu boleh meningkatkan jualan keseluruhan Tesla. Dalam masa yang sama, Ekaterina mencadangkan agar pelabur meninjau laporan perolehan syarikat ini di bulan Januari untuk melihat sama ada kempen-kempen baru mereka benar-benar efektif.

Kami berharap tahun 2020 anda penuh keceriaan dan selamat berjaya dengan perdagangan anda! Ikuti kami di Twitter untuk lebih banyak perkembangan terbaru!



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini