Permainan Brexit dan Ekonomi UK - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Permainan Brexit dan Ekonomi UK


Selama lebih 3 tahun sejak referendum Brexit, kita telah menyaksikan bagaimana ekonomi UK bertindak balas terhadap proses Brexit yang "moody". Namun mari kita lihat dengan lebih dekat data-data terkini dan bagaimana prestasi GBP di tengah-tengah kemelut rumit Great Britain.

GBP telah menstabil pada November, hampir mencapai paras 1.30 selepas jatuh di bawah 1.20 pada bulan Oktober. Sebab di sebalik pemulihan ketara ini adalah pudarnya kegusaran negara itu akan meninggalkan EU tanpa terma, data ekonomi yang lemah untuk Zon Euro dan pelembapan di AS. Dalam masa yang sama, situasi ekonomi UK menjadi kebimbangan untuk para penganalisis. Indikator pekerjaan, infasi, dan pertumbuhan pendapatan telah merosot.

Apakah yang boleh membantu indikator-indikator ini jadi lebih baik dan melambung pound British lebih tinggi? Tentu sekali, pilihanraya yang dijadualkan pada 12 Disember. Menurut pakar, kejayaan untuk parti Konservatif akan membantu kejayaan rundingan terma Brexit dan lantaran dari itu mengakibatkan penguatan pound. Sebaliknya pula, jika Konservatif kalah, pound British dijangka akan melemah.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini