Ringgit didagangkan rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit didagangkan rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah hari ini berikutan data ekonomi Amerika Syarikat yang positif di tengah-tengah angka perdagangan lemah dari negara-negara eksport utama Asia.

Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.1410/1440 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1420 pada Jumaat minggu lalu.

Peniaga berkata data AS pada Jumaat menunjukkan ekonomi terbesar dunia itu mengekalkan kadar pertumbuhan sederhana meskipun prestasi tidak menentu yang disebabkan ketegangan perdagangan dengan China.

“Data eksport lemah dari Thailand dan ekonomi keempat terbesar Asia, Korea, menjejaskan lagi sentimen serantau,” katanya.

Eksport Thailand pada November turun 7.4 peratus tahun ke tahun manakala nilai eksport Korea bagi tempoh 1-20 Disember susut dua peratus daripada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0536/0569 daripada 3.0518/0559 pada Jumaat dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7855/7893 daripada 3.7842/7889.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3866/3922 daripada 5.3955/3024 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.5891/5940 daripada 4.6010/6067 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini