Ringgit hampir mendatar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit hampir mendatar



KUALA LUMPUR: Ringgit hampir mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini apabila dolar AS kembali mengukuh selepas perkembangan positif berhubung rundingan perdagangan AS-China, kata peniaga.

Pada 9.01 pagi, ringgit berada pada 4.1410/1450 berbanding dolar AS daripada 4.1410/1440 penutup semalam.

Peniaga berkata, ekoran pengukuhan ringgit baru-baru ini, pelabur kini mengambil pendirian tunggu dan lihat bagi menyaksikan tindak balas pasaran.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Unit tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0550/0590 daripada 3.0552/0585, menokok berbanding pound British kepada 5.4284/4353 daripada 5.4636/4693 serta mengukuh berbanding euro kepada 4.6160/6208 daripada 4.6168/6218 semalam.

Ringgit bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 3.7807/7854 daripada 3.7773/7810 pada Selasa. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini