Ringgit semakin kukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit semakin kukuh


KUALA LUMPUR: Ringgit menyongsang arah aliran menurunnya untuk melonjak lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong minat belian baharu terhadap nota tempatan di tengah-tengah dolar AS yang tidak stabil, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1385/1425 berbanding dolar AS daripada 4.1400/1440 semalam.

Peniaga berkata, harga minyak yang stabil, kini berada pada paras tertinggi tiga bulan, disokong penurunan dalam inventori minyak mentah AS, turut menolak naik ringgit pada pembukaan hari ini.

Penanda aras minyak mentah Brent berada pada AS$66.54 satu tong, meningkat untuk hari keenam berturut-turut, sementara minyak mentah WTI berada pada AS$61.22 satu tong.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0538/0576 daripada 3.0542/0581 pada Khamis, mengukuh berbanding pound British kepada 5.3838/3894 daripada 5.4251/4320 dan menokok berbanding euro kepada 4.6012/6073 daripada 4.6099/6156.

Unit tempatan bagaimanapun rendah berbanding yen Jepun kepada 3.7843/7890 daripada 3.7788/7827 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini