Ringgit tutup sedikit tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit tutup sedikit tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kelemahan dolar susulan ketidaktentuan berterusan melingkari perjanjian perdagangan AS-China serta tarif besi dan keluli yang dikenakan Rumah Putih.

Pada jam 6 petang, ringgit mengakhiri pada paras 4.1730/1760 berbanding dolar AS daripada penutup semalam, 4.1780/1820.

Peniaga berkata, ringgit diniagakan dalam nada berhati-hati hari ini, tetapi berjaya meningkat kerana dolar AS terus lemah berbanding mata wang utama lain berikutan ketidaktentuan perdagangan.

“Harga minyak juga berjaya meningkat dan melonjakkan nota tempatan pada penutup,” katanya.

Pada jam 6 petang, penanda aras minyak mentah global, Brent berada pada paras AS$61.22 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan rendah berbanding yen kepada 3.8270/8305 berbanding 3.8107/8153 semalam, menyusut berbanding pound kepada 5.4191/4246 daripada 5.3925/4002, dan menyusut berbanding euro kepada 4.6249/6287 daripada 4.6025/6073 sebelumnya.

Sementara itu, ringgit jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0596/0623 daripada 3.0521/0561 semalam. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini