Position Trading (Perdagangan Posisi) adalah sejenis perdagangan yang sangat sesuai untuk mereka yang "super sabar", bijak dan berpandangan jauh, mereka yang mampu merasai suasana pasaran. Matlamat utamanya adalah untuk mengambil manfaat dari trend dominan berbanding dari turun naik jangka pendek pasaran. Tipikalnya, mereka menggunakan analisis fundamental untuk dagangan mereka, tetapi ada masa-masanya mereka perlu merujuk kepada perkakas teknikal juga. Satu lagi karakteristik utama yang mentakrifkan pedagang posisi – mereka mempunyai saiz akaun yang besar.
Terdapat sekurang-kurangnya dua kelebihan utama pada perdagangan posisi:
1. Ketika berdagang anda boleh ambil kesempatan dari swap, tidak terhad kepada keuntungan dagangan sahaja. Ini kerana swap atau faedah dibayar bagi wang yang dipinjam dan diterima bagi wang yang dibeli.
2. Sebagai pedagang posisi anda boleh mendapatkan manfaat dari korelasi yang wujud di antara matawang-matawang dan instrumen-instrumen kewangan lain.
Di dalam artikel berikut, kita akan meneroka strategi-strategi yang merangkumi dua aspek perdagangan posisi yang disebut di atas – swap dan korelasi komoditi.
Strategi 1
Sebagai contoh, kami telah memutuskan untuk mendagangkan pasangan matawang CAD/JPY.Kanada adalah salah satu negara pengeluar minyak terbesar di dunia; ia pengeksport komoditi ini yang terkenal. Jadi, dolar Kanada biasanya naik bila harga minyak meningkat. Sebagai perbandingan, Jepun dianggap negara pengimport bersih (net importer) minyak. Ini menyebabkan yen melemah bila harga minyak mencatat kenaikan. Situasi ini menjadikan dinamik harga minyak satu indikator awal (leading indicator) bagi pergerakan pasangan matawang CAD/JPY.
Konsep strategi:
Rangka masa - harian
Setup dagangan long:
• Mula-mula sekali, kenal pasti rintangan pada carta teknikal harian niaga hadapan minyak;
• Cari kandil yang tutup di atas rintangan tersebut;
• Masuk long di CAD/JPY sebaik sahaja selepas kandil berikutnya buka;
• Pasang renti rugi di aras sokongan yang signifikan sebelum titik masuk.
• Pasang ambilan untung di bawah aras rintangan signifikan yang berikutnya selepas titik masuk.
Contoh:
Pada carta harian WTI, kita telah mengenal pasti satu uptrend dan mencari di mana ia akan membuat penembusan. Candlestick yang tutup di atas garisan trend telah berlaku pada 3 Januari. Selepas itu, pada 4 Januari kita telah membuka posisi long di harga pembukaan candlestick di aras 79.79. Kita telah pasangkan renti rugi di aras sokongan sebelumnya iaitu di 78.91, manakala ambilan untung di 81.8.
Setup dagangan short
• Kenal pasti sokongan pada carta minyak di rangka masa harian;
• Cari kandil yang tutup di bawah sokongan tersebut;
• Buka posisi short di CAD/JPY di pembukaan kandil berikutnya;
• Pasang renti rugi di aras rintangan yang signifikan sebelum titik masuk;
• Pasang ambilan untung di bawah aras sokongan signifikan yang berikutnya selepas titik masuk.
Contoh:
Pada carta harian WTI, harga minyak mentah telah mengukuh di atas aras sokongan $50.57. Kami telah menantikan aras ini ditembusi, dan ini telah berlaku pada 17 Disember. Selepas itu, kami beralih kepada carta CAD/JPY. Kami telah buka pesanan short di harga pembukaan candlestick 18 Disember, iaitu di harga $84.14. Aras renti rugi untuk posisi ini terletak pada $85.27, manakala ambilan untung terletak di $82.7.
Strategi 2
Strategi yang kita akan jelaskan di sini mengeksploitasi korelasi di antara indeks dolar AS (indeks ini mengukur nilai USD relatif kepada nilai sebakul matawang-matawang major) dan harga emas. Sebagai petua, indeks dolar AS merosot bila harga emas meningkat.
Konsep strategi:
Rangka masa - harian
Setup dagangan long:
• Kenal pasti sokongan pada carta indeks dolar AS (gunakan rangka masa harian);
• Cari kandil yang tutup di bawah aras sokongan tersebut;
• Buka posisi long di carta emas pada pembukaan candlestick berikutnya;
• Pasang renti rugi di aras sokongan yang signifikan sebelum titik masuk;
• Pasang ambilan untung di bawah aras rintangan signifikan yang berikutnya selepas titik masuk.
Contoh:
Pada carta harian indeks dolar AS, kami telah mendapati terjadinya penembusan (breakout) aras sokongan 95.66 pada 7 Januari. Selepas itu, kami telah membuka carta emas dan masuk posisi long di harga $1,285 pada 8 Januari. Kami letakkan renti rugi di aras sokongan sebelumnya iaitu di $1,273. Aras ambilan untung akan terletak di $1,299 (bawah sedikit dari aras rintangan).
Setup dagangan short:
• Kenal pasti rintangan pada carta indeks dolar AS (rangka masa harian);
• Cari kandil yang tutup di atas rintangan tersebut;
• Buka posisi short di carta emas di pembukaan kandil berikutnya;
• Pasang renti rugi di aras rintangan yang signifikan sebelum titik masuk;
• Pasang ambilan untung di bawah aras sokongan signifikan yang berikutnya selepas titik masuk.
Contoh:
Situasi di mana anda perlu membuka posisi short adalahsama seperti di senario posisi long. Pada 10 Ogos (Jumaat) kami telah mengenal pasti satu penembusan aras rintangan di carta harian indeks dolar AS. Kami telah beralih ke carta XAU/USD dan buka posisi short di harga pembukaan candlestick 13 Ogos (Isnin) iaitu di $1,211. Kami telah pasang renti rugi di atas aras rintangan pertama sebelum titik masuk iaitu di $1,220. Aras ambilan untung terletak di $1,198 (berhampiran aras sokongan).
Kesimpulan
Memahami korelasi dan analisis fundamental memudahkan pedagang posisi menangkap pergerakan pasaran dan membuka posisi di waktu yang tepat.
Sumber: Strategi diambil dari buku "17 Proven Currency Trading Strategies", yang ditulis oleh Mario Sant Singh