Ringgit dibuka mendatar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka mendatar


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah perjanjian perdagangan "fasa satu" antara AS dan China.

Ringgit berada pada 4.0880/0920 berbanding dolar AS daripada 4.0880/0930 penutup semalam.

Ketua Strategi Pasaran Asia AxiTrader, Stephen Innes, berkata jika kemajuan positif perjanjian perdagangan dan sentimen risiko global berkekalan, ini boleh meletakkan ringgit pada kedudukan yang baik untuk menyentuh tahap 4,050.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0349/0390 daripada 3.0329/0375 penutupan semalam, dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7691/7739 daripada 3.7529/7582.

Nota tempatan bagaimanapun mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3778/3834 daripada 5.3971/4058 dan meningkat berbanding euro kepada 4.5683/5732 daripada 4.5760/5824. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini