Rundingan 'Fasa Satu' AS-China: Apa Yang Anda Perlu Tahu - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Rundingan 'Fasa Satu' AS-China: Apa Yang Anda Perlu Tahu



Sorotan dari rundingan dagang terkini antara Amerika Syarikat dan China.

Perdagangan: China telah setuju untuk membeli $200 bilion lebih banyak barangan dan perkhidmatan AS bagi tempoh dua tahun akan datang.

Harta intelek: China bersetuju untuk mempertingkatkan perlindungan terhadap hakcipta harta intelek.

Pemindahan teknologi: China berjanji untuk tidak memaksa syarikat-syarikat AS menyerahkan teknologi mereka kepada pihak berkuasa China sebagai imbalan mendapatkan akses ke pasaran negara itu.

Polisi kadar tukaran matawang: Kedua-dua AS dan China memperbaharui ikrar mereka kepada G20 dan IMF untuk tidak menurunkan nilai matawang mereka untuk memberi kelebihan kepada pengeksport.

Apakah ertinya ini semua untuk para pedagang? Ketegangan hubungan dagang telah mereda, jadi permintaan untuk matawang perlindungan seperti JPY dan USD dijangka menurun.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini