Berapa kuat trend itu? Semak dengan RVI
Relative Vigor Index(RVI) mengukur kekuatan trend dengan membandingkan harga penutupan aset ke julat dagangannya dan melicinkan hasilnya. Indikator ini mudah dan kuat - inilah cara untuk menggunakannya.
- Cari dalam MetaTrader (Insert -> Indicators -> Oscillators -> RVI)
- Pembacaan 10 ditetapkan secara lalai dan dianggap tempoh yang paling sesuai. Tukar jika perlu.
- Terangkan hasilnya. Inilah beberapa petua:
-> RVI oscillates di tengah garisan tengah.
-> RVI menunjukkan apabila pasaran terlebih beli atau terlebih jual dan menghantar isyarat apabila ia menyimpang dengan carta harga.
-> Tonton persilangan antara RVI dan garisan isyarat. Apabila indikator naik di atas garis isyarat, ia adalah tanda kenaikkan, dan sebaliknya.
-> Convergence / divergence: jika harga baru tinggi lebih tinggi daripada yang sebelumnya, sedangkan yang tinggi RVI baru lebih rendah daripada yang sebelumnya (penurunan harga yang lebih rendah), cari RVI untuk menyeberangi garis isyarat ke bawah dan kemudian menjual - dan begitu juga sebaliknya.
RVI sangat bagus untuk trading trend. Cuba dan lihat!
The Relative Vigor Index (RVI, Indeks Kecergasan Relatif) mengukur kekuatan trend dengan membandingkan harga penutup suatu aset dengan julat harga ia didagangkan, dan seterusnya melicinkan hasil yang diperolehi.Indikator ini berasaskan kepada idea yang mengatakan bahawa di pasaran yang bull, harga penutupan (secara amnya) lebih tinggi berbanding harga pembukaan. Dari sisi ini, RVI mirip seperti Osilator Stokastik. Bezanya di antara dua indikato rini, RVI membandingkan harga pentutupan relatif kepada harga pembukaan, bukannya dengan harga terendah.
Cara-cara memasang di carta.
RVI sudah tersedia ada dalam kit indikator default MetaTrader, jadi anda tidak perlu memuat turunnya. Pergi “Insert”, cari “Indicators”, dan kemudian “Oscillators” – anda akan dapat melihat RVI. Indikator ini akan muncul di dalam tetingkap berasingan di bawah carta harga.
Bacaan 10 dianggap waktu paling sesuai. Indikator ini mempunyai 2 jalur. Satu adalah RVI itu sendiri, manakala yang satu lagi adalah jalur signal iaitu purata bergerak indikator ini dengan tempoh sebanyak 4 kandil.
Kaedah mentafsir.
RVI berayun (oscillates) turun dan naik menyilangi suatu garisan tengah. ia ditafsir sama seperti banyak osilator lain, contohnya MACD dan RSI. Secara khususnya, RVI menunjukkan jika pasaran sudah terlebih dibeli atau terlebih jual dan memberikan signal jika ia mencapah (diverges) dengan carta harga.Keadaan terlebih beli/jual. Jika pasaran mendatar, lihat kalau RVI keluar dari zon terlebih beli (tinggi) atau terlebih jual (rendah) untuk mendapatkan signal jual/beli. Sila maklum bahawa indikator ini tidak menawarkan aras yang spesifik untuk zon terlebih jual/beli, jadi para pedagang harus menentukannya sendiri. Tambahan lagi, adalah perlu untuk ingat bahawa osilator boleh berlegar-legar di suatu aras ekstrim untuk masa yang lama. Persilangan jalur signal. Perhatikan kalau berlaku persilangan antara RVI dan jalur signal. Bila indikator meningkat ke atas dari jalur signal, ia petanda bullish. Bila indikator turun ke bawah dari jalur signal, ia petanda bearish.
Convergence/divergence (pertumpuan/pencapahan). Jika harga tertinggi baru adalah lebih tinggi dari yang sebelumnya, dalam masa yang sama nilai tinggi RVI yang baru lebih rendah dari yang sebelumnya (bearish divergence, pencapahan bearish), tunggu RVI menyilang garisan signal dari atas ke bawah dan kemudian jual. Jika harga terendah baru di bawah yang sebelumnya, dalam masa yang sama nilai terendah RVI lebih tinggi dari yang sebelumnya (bllish convergence, penumpuan bullish), tunggu RVI menyilang garisan signal dari bawah ke atas dan kemudian jual.
RVI berguna untuk perdagangan tetapi boleh memberikan signal-signal palsu, jadi ia perlu digunakan bersama dengan indikator-indikator dan perkakas dagangan lain.