Panik di pasaran! Bagaimana cara menukar ketakutan menjadi duit - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Panik di pasaran! Bagaimana cara menukar ketakutan menjadi duit

Kita akan mengingati Januari 2020 sebagai waktu yagn amat tegang dan menakutkan. Ia bermula dengan serangan peluru berpandu dan berakhir dengan pandemik virus korona yang mengejutkan pasaran bukan main kepalang. Mari lihat bagaimana kita boleh mengabaikan panik ini dan membuat wang bila semua orang – termasuk para pelabur – ketakutan seperti bayi yang tersentap dengan kilat dan guruh yang berdentum.


Warren Buffett pernah berkata: "Takutlah kamu bila orang lain tamak, dan tamaklah kamu bila orang lain ketakutan." Kini bila seluruh dunia heboh membincangkan pandemik virus korona terbaru dan berebut membeli topeng pernafasan, inilah masa yang terbaik untuk mentafahus maksud beliau.

Kita bukan doktor yang layak memberikan nasihat perubatan kepada orang ramai, tetapi kita boleh menilai impak kepanikan ke atas pasaran dan memikirkan apa yang para pelabur harus lakukan.

Godam naluri anda
Peristiwa yang menakutkan sering menggerakkan pasaran dan memaksa orang ramai membuat keputusan yang impulsif. Itu perkara biasa – publik secara amnya didorong oleh emosi, namun jika anda seorang pedagang, anda perlu belajar cara-cara untuk kekal tenang walaupun semua orang lain di dunia ini sudah naik gila.

Sebagai contoh, bila keadaan menjadi kelam-kabut, pedagang yang ketakutan akan menjual secara besar-besaran, dan "strong money" memasuki pasaran dan menaikkan harga lebih tinggi. Para pelabur yang rasional dengan peristiwa sebegini biasanya mendapat keuntungan yang lumayan, manakala yang lain kerugian besar dan hilang kewarasan.

Kita tak perlu pergi jauh untuk mencari contoh.

Berita-berita Brexit mencetus ketakutan pasaran yang besar sekali. Anda fikir ia hanya relevan dengan ekonomi British, tapi nampaknya ia turut membuatkan pasaran British keributan. S&P 500 mengalami kerugian sehari terbesar dalam tempoh beberapa bulan. Pada masa yang sama, salah seorang pakar strategi ternama Wall Street melaporkan bahawa saham bernilai ratusan bilion dolar akan mengalami pembubaran secara paksa tidak lama lagi. Media kewangan juga telah panik bila pasaran susut sebanyak 5% dalam dua hari.

Ketakutan ini mencetus signal jual untuk para pelabur yang ketakutan dan signal beli untuk mereka yang bijak kerana dua hari berikutnya harga naik cukup signifikan sekali. 

Bila anda sudah belajar mengabaikan suara-suara di kepala anda untuk bertindak SEKARANG untuk selamatkan wang anda, anda berada di pihak yang akan menang.


Memahami logik ketakutan
Kajian tingkah laku manusia telah membuktikan bahawa manusia sering berlebihan bila menganggarkan risiko tatkala ia melibatkan sesuatu yang menakutkan.

Sebagai contoh, kajian yang dilakukan sewaktu merebaknya SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) pada tahun 2002 menunjukkan bahawa 23% responden takut mereka akan dijangkiti SARS. Faktanya, sekitar 8500 orang telah dijangkiti dan kurang dari 100 telah mati – bandingkan ini dengan 35.5 juta penyakit dan 34,200 kematian ketika musim influenza sekitar 2018-2019. 

Ini bererti wabak SARS mampu memberi kesan secara langsung kepada sejumlah manusia yang sedikit, namun memberi pengaruh besar kepada ekonomi global yang saling terkait antara satu sama lain. Bila pandemik virus korona melanda, ia membuatkan pengangkutan udara, perdagangan dunia (terutamanya ALIBABA), pelancongan, dan pelbagai perkara lain, terdedah kepada risiko. Ketakutan di masa hadapan terfokus kepada KDNK China yang akhirnya boleh memberikan kesan kepada seluruh dunia.

Dari perspektif ini, seorang pedagang yang pintar akan mempertimbangkan tiga perkara: statistik pandemik yang sebenar, pengajaran dari sejarah sebelum ini, dan berita-berita terkini. Jika virus ini merebak dan menyebabkan kematian baru, pengelakan risiko akan berlaku dan mendominasi pasaran. Jika vaksin ditemui tidak lama lagi, risiko akan mereda, dan pasaran akan kembali ke keadaan normal - kerana mereka tidak dijangkiti oleh virus, mereka terkena jangkitan panik.

Ingat tentang kitaran
Pasaran bergerak secara kitaran, dan (hampir) semuanya pernah terjadi sebelum ini. Kita pernah mengalami The Great Depression, krisis tenaga 1970an, dan Black Monday pada tahun 1987. Kita juga pernah menghadapi penyakit yang membunuh, serangan peluru berpandu, malapetaka geopolitik, dan serangan pengganas. Kita telah melalui banyak perkara, dan kita mesti melihat ke belakang untuk melihat apa pengajaran yang boleh sejarah ajarkan kepada kita. Suasana berubah, tetapi manusiawi itu tetap sama.

Panik mencetus peluang berdagang yang besar untuk pedagang yagn tahu bila mereka harus membeli dan bila untuk menjual. Dan tingkahlaku ini telah berulang lagi dan lagi sejak zaman bermula dan tampaknya akan berterusan untuk masa-masa akan datang. Namun ingatlah selalu bahawa bahaya tampak lebih besar di mata bila jiwa diselubungi ketakutan.

Jangan rasa takut, berdaganglah sempena ketakutan.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini