Bank Pusat: polisi dan akibat - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bank Pusat: polisi dan akibat


Bank pusat adalah unsur penting di dalam sistem kewangan suatu negara. Ia mengawal bekalan wang, kadar faedah, dan matawang nasional. Tambahan lagi, suatu bank pusat biasanya mengawal sistem perbankan komersil negaranya.Bank pusat mempunyai banyak fungsi penting. Satu yang utama adalah untuk menjaga kestabilan harga dengan mengawal inflasi. Sebuah bank pusat bertanggungjawab untuk memastikan kemantapan ekonomi negara.Bank pusat mempunyai impak yang besar ke atas ekonomi.

Campur tangan bank pusat adalah suatu yang lazim kita dengar. Bank pusat masuk ke pasaran tukaran asing untuk membeli atau menjual matawang untuk mempengaruhi kadar tukaran. Satu cara lain untuk campur tangan adalah dengan menyiarkan maklumat yang perlu kepada pasaran. Ini dipanggil sebagai campur tangan verbal.Untuk mendapat pemahaman yang baik tentang polisi mana-mana bank pusat, anda perlu mengetahui objektif utamanya, tugas-tugas asas, jadual dan agenda mesyuaratnya. Tambahan lagi, anda perlu meramal impak yang mungkin terhasil dari kegiatannya ke atas nilai matawang yang terlibat di masa hadapan.

Rizab Persekutuan (Fed, Inggeris: Federal Reserve) adalah bank pusat Amerika Syarikat. Fed terdiri daripada 12 cawangan Bank Rizab Persekutuan yang terletak di kota-kota besar di seluruh negara. Mereka mengumpulkan maklumat ekonomi untuk membolehkan Fed menentukan pendirian monetari yang bersesuaian. Keputusan dasar monetari Fed dibuat oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC, Inggeris: Federal Open Market Committee) yang terdiri dari 7 ahli Lembaga Gabenor dan 5 presiden Bank Rizab.Mesyuarat FOMC adalah salah satu acara yang paling dinantikan dan mempunyai impak besar terhadap pasaran Forex.

Fed mengumumkan kadar faedah (kadar dana persekutuan), memberikan wawasan ekonomi yang mempengaruhi keputusan kadarnya dan menawarkan petunjuk-pentunjuk kepada perubahan dalam pernyataan mereka di masa hadapan.Mesyuarat-mesyuarat yang diikuti dengan sidang akhbar (biasanya pada bulan Mac, Jun, September dan Disember) adalah yang paling penting kerana perubahan kadar faedah berlaku di waktu itu.Tambahan lagi, sila maklum bahawa 3 minggu selepas setiap mesyuarat bank pusat akan menyiarkan minitnya.

Dokumen ini mengandungi maklumat tentang keputusan sebelum-sebelum ini dan boleh mengandungi niat dan iltizam Fed tentang dasar monetarinya di masa hadapan.Dalam merumuskan keputusan dasarnya, Rizab Persekutuan mengambil kira indikator-indikator ekonomi seperti pertumbuhan KDNK, CPI teras, indeks harga PCE teras, purata pendapatan per jam, daftar penggajian bukan perladangan.Para pedagang cuba untuk meramal tindakan Fed dan jangkaan mereka membuatkan dolar AS turun dan naik.

Bank Pusat Eropah (ECB, Inggeris: European Central Bank) adalah bank pusat untuk 19 buah negara anggota Kesatuan Eropah yang sepakat menggunakan matawang bersama - euro - pada 2002.Tugas utamanya adalah untuk mentakrif dan menerapkan polisi monetari untuk zon euro; mentadbir bank-bank nasional anggota-anggota zon euro; menjalankan operasi tukaran asing; memastikan operasi sistem pembayaran berjalan lancar dan menjaga rizab matawang asing zon euro.ECB membuat keputusan dasar monetari setiap 6 minggu. Keputusan ini diikuti dengan sidang akhbar dan mempunyai impak besar terhadap dinamik euro. Minit mesyuarat ECB biasanya tidak memberikan banyak kesan terhadap pasaran.

Bank Inggeris (BoE, Inggeris: Bank of England) adalah bank pusat bagi United Kingdom yang sejarahnya bermula sejak 1694. Tugas utamanya BoE tidak banyak berbeza dari tugas bank pusat lain. Bank pusat ini mendukung pertumbuhan ekonomi UK, mengawal inflasi dan menetapkan kadar faedah.Jawatankuasa dasar monetari bank ini (MPC) bersidang sekali setiap bulan untuk menetapkan dasar monetari. Bank pusat menyiarkan minit mesyuarat sebaik selepas mesyuarat.

Tambahan lagi, mesyuarat sering diikuti dengan sidang akhbar oleh Gabenor BoE.Sekali setiap suku tahun, BoE akan menerbitkan laporan inflasinya yang mengandungi unjuran untuk KDNK dan inflasi.Selain dari itu, bank pusat ini menerbitkan maklumat tentang program pencetakan wang (nilai total wang yang BoE akan hasilkan dan gunakan untuk membeli aset di pasaran terbuka).

Objektif utama Bank Jepun (BoJ, Inggeris: Bank of Japan) hampir sama seperti lain-lain regulator: "untuk melaksanakan kawalan matawang dan monetari demi mencapai kestabilan harga".

Bank Kanada (BoC, Inggeris: Bank of Canada) wujud "untuk mengawal selia kredit dan matawang demi kemaslahatan ekonomi bangsa". Salah satu ciri pada kerja BoC adalah tinjauan wawasan bisnes. Sekitar 100 bisnes yang membentuk sebahagian besar KDNK memberikan markah bagi suasana perniagaan. Ini memberikan petunjuk yang baik bagi dasar monetari.Sasaran utama Bank Rizab Australia (RBA, Inggeris: Reserve Bank of Australia) adalah untuk "menyumbang kepada kestabilan matawang, penggajian sepenuhnya, dan kemakmuran ekonomi serta kebajikan rakyat Australia". Bank pusat ini memberikan servisnya kepada Kerajaan dan agensi-agensinya, dan bank-bank pusat negara luar serta institusi-institusi rasmi. Ia juga bertanggungjawab ke atas rizab emas dan tukaran asing Australia.

Bank Rizab New Zealand (RBNZ, Inggeris: Reserve Bank of New Zealand) "menguruskan dasar monetari untuk menjaga kestabilan harga, menggalakkan kelangsungan sistem kewangan yang efisien dan kukuh, dan membekalkan not serta koin New Zealand."Perhatian: perlu dinyatakan di sini bahawa ucapan-ucapan anggota-anggota bank pusat mempengaruhi ekonomi juga, kerana tiada manusia lain yang lebih terkait dengan dasar monetari berbanding mereka. Kata-kata ketua bank-bank pusat memberikan impak paling kuat kepada pasaran.Apa yang perlu dipantau di kalendar ekonomi:





Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini