Harga minyak kekal rendah pagi ini, AS$23 setong - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak kekal rendah pagi ini, AS$23 setong


SINGAPURA: Harga minyak jatuh di dagangan Asia hari ini menjejaki kejatuhan dalam pasaran saham selepas peningkatan mendadak COVID-19 pada hujung minggu.

Kontrak minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate jatuh 3.9 peratus kepada AS$20 setong, sementara kontrak penanda aras antarabangsa, Brent menyusut 4.9 peratus kepada AS$23 setong.

Kejatuhan itu dicatatkan selepas kematian akibat pandemik meningkat melepasi 30,000 pada hujung minggu berikutan kes di Eropah dan AS terus meningkat.

Pakar Sains Kanan AS, Anthony Fauci mengunjurkan virus itu berpotensi menyebabkan 100,000 hingga 200,000 kematian di AS, sementara Presiden AS, Donald Trump melanjutkan garis panduan penjarakkan sosial sehingga 30 April.

Virus itu menjangkiti lebih 140,000 di ekonomi terkemuka dunia itu dan mencatatkan lebih 2,400 kematian.

Pasaran minyak merosot beberapa minggu berikutan sekatan perjalanan yang dilaksanakan kerajaan seluruh dunia untuk memerangi penularan COVID-19.

Pengeluar terbesar minyak, Arab Saudi dan Russia berperang harga, sekali gus menyumbang lebihan bekalan besar-besaran yang menyebabkan harga terus jatuh. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini