Ringgit dibuka rendah, RM4.33 sedolar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah, RM4.33 sedolar



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas mencatatkan kenaikan selama empat hari berturut-turut minggu lalu, berikutan kekurangan permintaan.

Pada 9.01 pagi, unit tempatan berada pada 4.3300/3450 berbanding mata wang negara maju itu daripada 4.3280/3350 ketika ditutup pada Jumaat.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, AxiCorp, Stephen Innes, berkata peniaga seolah-olah memilih untuk tidak terlalu aktif dalam awal dagangan minggu ini.

"Pasaran dibuka bercampur-campur. Dari sudut positif, langkah pengawalan yang lebih ketat akan dapat mengekang penularan COVID-19 dan dengan China kembali bekerja, ini akan menjadi petanda positif terutama menerusi langkah dasar proaktif minggu lepas, yang amat diharap mendorong kenaikan ketara bulan depan,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, prospek harga minyak mentah yang lemah mungkin tidak baik untuk negara ini.

“Keseluruhannya, dengan dagangan yang dijangka sedikit suram hari ini, saya mengunjurkan tekanan cenderung kepada paras rendah bagi ringgit,” katanya.

Ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama semasa pembukaan dagangan hari ini.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0312/0427 daripada 3.0175/0234 ketika ditutup pada Jumaat lalu, dan rendah berbanding euro kepada 4.8106/8290 daripada 4.7608/7702.

Ringgit turut turun berbanding yen kepada 4.0279/0426 daripada 3.9754/9829 pada Jumaat lalu, dan lemah berbanding pound kepada 5.3878/4082 daripada 5.2841/2943. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini