Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas pelabur mengalihkan tumpuan mereka susulan langkah Bank Negara Malaysia mengurangkan 25 mata asas Kadar Dasar Semalaman (OPR) ketika sentimen dolar AS yang terus mengukuh, kata seorang peniaga.

Pada petang ini, ringgit berada pada paras 4.2045/2085 berbanding dolar AS daripada 4.2010/2040 yang dicatat pada 6 petang semalam.

Ketua Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes, dalam nota penyelidikan berkata tindakan BNM menurunkan 25 mata asas kepada 2.50 peratus itu menjadi langkah yang sememangnya dijangkakan oleh pasaran.

Ini adalah pengurangan kedua selepas BNM membuat kejutan menurunkan kadar faedah itu sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat pertamanya yang diadakan pada 22 Januari 2020.

Jika dinilai dari sudut pertumbuhan, Innes berkata, kadar pengurangan OPR itu akan membantu ringgit dalam jangka masa panjang.

Bagaimana pun, katanya, itu akan hanya berlaku sehinggalah persekitaran ekonomi kembali pulih di China.

“Ini sepatutnya memberi kelebihan kepada ringgit kerana pengurangan OPR itu akan merangsang permintaan bagi sektor bernilai tinggi,” katanya.

Menurut Innes, unjuran bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS menjangkakan pengurangan kadar faedah negara itu sehingga 50 mata asas, juga memberi sokongan kepada ringgit dan mata wang negara ASEAN lainnya.

Sementara itu, ringgit ditutup bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0194/0233 daripada 3.0236/0260 pada Isnin dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8934/8982 daripada 3.8952/8987, sebelum ini.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding pound Britain kepada 5.3725/3793 daripada 5.3617/3672 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.6775/6836 daripada 4.6539/6589 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini