Tiga senario untuk berdagang sempena pandemik koronavirus (COVID-19) - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Tiga senario untuk berdagang sempena pandemik koronavirus (COVID-19)


Melihat pada pasaran global hari ini, pemain-pemain utama kewangan seperti S&P dan Goldman Sachs jelas mengerti: kemelesetan ekonomi tidak dapat dielakkan lagi.

Tatkala bank-bank pusat melakukan yang terbaik untuk mendukung ekonomi-ekonomi negara mereka, mari kita bina satu gambaran yang terperinci bagaimana situasi ini akan berkembang. Lihat 3 senario yang disyorkan oleh para penganalisis dan bersedia untuk dapatkan sebanyak mungkin dari apa jua peristiwa yang terjadi.

Harga minyak mencapai paras terendah yang baru, harga aset perlindungan meningkat, dan saham-saham terus merudum. Hanya satu bulan diperlukan untuk menarik indeks-indeks saham Amerika dari paras tertinggi sepanjang zaman turun ke paras 2017. S&P dan Goldman Sachs kini yakin sekali bahawa kita sedang menuju ke arah kemelesetan ekonomi. Bank-bank pusat cuba seberapa daya upaya mereka untuk membantu ekonomi di waktu sukar begini. Bagaimana pun, perkakas-perkakas tradisional mereka tampak tidak berguna buat masa sekarang tatkala kebanyakan aktiviti dan pengeluaran terus ditutup. Mengambil kira semua fakta ini, penganalisis dari Bank Saxo mempertimbangkan tiga senario yang mungkin tentang bagaimana situasi akan berevolusi dari keadaan sedia ada sekarang.

Mula-mula sekali…

Perhatikan bahawa kes-kes yang akan dijelaskan di bawah mungkin tidak 100% tepat dan mungkin tidak ada satu pun daripadanya yang akan menjadi kenyataan. Namun, ia tetap satu gambaran yang baik tentang masa-masa akan datang dan boleh membantu kita memilih perkakas perdagangan yang betul.Walau apa pun senarionya, ada dua peraturan penting yang seseorang pedagang itu harus patuhi pada masa ini: berikan perhatian kepada pengurusan risiko dan punyai dana yang cair bila pasaran mengalami kerosakan besar. Lihat Warren Buffet sebagai contoh: aras tunai beliau telah meningkat baru-baru ini. Penganalsis telah membandingkan tiga senario berkenaan dengan corak-corak geometri. Bergantung kepada bagaimana situasi berkembang, ia mungkin berbentuk V, U, atau L, di mana bentuk V adalah yang terbaik dan bentuk L adalah yang terburuk.

Senario terbaik: bentuk V yang tertunda 

Dalam kes ini, kami masih menjangkakan kemelesetan teknikal global dan ekonomi yang menyejuk pada Q2 dan Q3. Dalam masa yang sama, langkah kuarantin dijangka membawa hasil yang positif dan memperlahankan kadar penularan virus. Justeru, ransangan fiskal dan pemotongan kadar faedah yang besar akan mulai membuahkan hasil mulai dari saat ini dan menjana lonjakan pemulihan berbentuk V pada suku tahun ketiga atau keempat. Selain dari itu, pengumuman positif yang boleh berlaku di senario V ini adalah kejayaan penemuan vaksin baru yang akan boleh diakses oleh seluruh populasi. Di dalam gambar di bawah, kami mempertimbangkan idea-idea perdagangan utama untuk kesudahan yang begini.



Senario asas: pemulihan berbentuk U

Senario ini berdasarkan langkah kuarantin jangka panjang di pelbagai negara, menjurus kepada pengurangan aktiviti masyarakat awam dan kemelesetan yang drastik. Walaupun beberapa langkah ransangan dilakukan oleh bank-bank pusat, aktiviti kehidupan sebenar terus berada di bawah tekanan dengan jangkitan yang berulang dan polisi kuarantin. Justeru, kita boleh jangkakan pemulihan di sini mengambil masa yang lebih panjang berbanding senario "terbaik" kesan dari kekurangan bekalan di sektor tenaga dan pembuatan. Berikut adalah pelan perdagangan untuk senario jenis ini:


Senario terburuk: pemulihan berbentuk L

Seandainya takdir membawa kita ke kesudahan yang begini, kita akan menyaksikan KDNK global di paras terendah sejak The Great Depression pada 1930an. Virus SARS-CoV-2 akan terus menular dan meningkatkan kebimbangan jangkitan berulang. Semua syarikat kecil dan sederhana akan terisiko, kerana mereka kekurangan sokongan kewangan. Ia juga akan menjurus kepada tahap pengangguran dan paras aktiviti perniagaan yang rendah. Petanda pemulihan di sini dijangka tidak akan kunjung tiba sehingga 2021.


Tentu sekali kita tidak mahu melihat senario ketiga menjadi kenyataan, tetapi kita perlu bersedia untuk semua kemungkinan. Ikuti perkembangan pasaran, baca berita, dan lihat petunjuk tentang perubahan situasi yang boleh berlaku. Bila semua risiko telah luput, anda akan menjadi salah seorang dari mereka yang tahu bagaimana hendak mengambil kesempatan dari situasi.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini