Apakah perbezaan antara Forex dan opsyen binari? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Apakah perbezaan antara Forex dan opsyen binari?


Perbezaan antara opsyen binari dan Forex

Pada hari ini, saya akan jawab salah satu soalan yang kerap ditanya dalam dunia perdagangan: apakah perbezaan antara Forex dan opsyen binari ? Dalam artikel saya, anda akan menemui jawapan terperinci kepada soalan «Apa itu opsyen binari?», «Bagaimana opsyen binari berfungsi?», dan «Bolehkah saya menjana pendapatan daripada opsyen binari?» Saya juga akan kongsikan pendapat saya tentang pilihan yang lebih baik dan lebih menguntungkan.

Pilihan baharu untuk keuntungan segera

Kira-kira 10 tahun lalu, kebanyakan syarikat broker yang khusus dalam pasaran pertukaran mula mempromosikan «perkhidmatan super» baharu - opsyen binari. Pada masa itu, hanya beberapa orang sahaja yang faham mengenainya, tetapi disebabkan keinginan yang kuat untuk mendapatkan keuntungan, alat ini menjadi sangat menarik. Ia merupakan tawaran eksklusif pada waktu itu, kerana pada asasnya ia merupakan kasino poket, tetapi dengan akses dalam talian yang berterusan dan jumlah permulaan yang rendah. Kini, sudah lama masa berlalu sehinggakan para pengguna mula sedar yang opsyen binari bukanlah alat yang bijak dan kerugian itu lebih kerap berlaku daripada keuntungan. Untuk menilai alat ini, anda perlu memahaminya terlebih dahulu.

Apa itu opsyen binari?

Jadi, apa itu opsyen binari? Untuk menjawab soalan ini, mari kita lihat strukturnya. Namanya sendiri terdiri daripada dua perkataan – binari dan opsyen. Perkataan binari ialah satu terbitan konsep “model binari” – model yang hanya mempunyai dua opsyen untuk peristiwa yang akan berlaku: sama ada “ya” atau “tidak”. Model ini merupakan asas kepada alat ini: sama ada anda untung atau rugi, tiada pilihan lain. Walau bagaimanapun, perkataan opsyen diterbitkan daripada opsyen saham sebenar. Opsyen saham adalah instrumen kewangan terbitan yang berasaskan peraturan bahawa kontrak dilaksanakan di masa akan datang sekiranya syarat yang dipersetujui lebih awal telah dipenuhi.

Dengan menggabungkan kedua-dua konsep ini, kita mendapat satu alat yang bertindak mengikut peraturan-peraturan kontrak saham dan hanya mempunyai dua opsyen untuk kejadian sesuatu peristiwa. Dalam kata lain, jika anda menyimpulkan satu kontrak, ia sama ada untung atau rugi.

Mari kita pertimbangkan operasi opsyen binari berdasarkan parameter kontrak yang paling popular – Tinggi/Rendah. Kontrak jenis ini bermaksud anda memilih paras harga sasaran dan arah perdagangan. Sebagai contoh, anda percaya yang pasangan mata wang EUR/USD akan jatuh dalam masa 5 minit akan datang. Anda memilih paras rujukan dan membeli opsyen jual. Oleh itu, sekiranya harga berada di bawah paras ini dalam masa 5 minit, anda membuat keuntungan, dan jika tinggi, anda rugi. Anda hanya perlu memilih saiz taruhan, sebagai contoh, $50, dan bersedia untuk berdagang.


Kedudukan opsyen kita akan kelihatan seperti dalam carta di atas. Semua yang berada di bawah garis merah adalah keuntungan kita, dan di atas adalah kerugian. Ciri utama yang membezakan kontrak tersebut ialah hakikat bahawa tidak kira sebanyak mana mata harga itu bergerak ke atas atau ke bawah – keuntungan atau kerugian kita akan sentiasa tetap.


Jadi, 2 minit telah berlalu selepas kesimpulan kontrak opsyen, dan pada masa tersebut, harga pergi ke bawah paras rujukan kita. Dengan itu, jika opsyen kita tamat tempoh sekarang, kita akan terima keuntungan sebanyak 80-85% daripada pertaruhan.


Tiga minit kemudian, opsyen kita telah tamat tempoh. Tetapi, harga telah melonjak pada waktu akhir dan melebihi titik rujukan, ini menyebabkan kita kerugian dalam jumlah pertaruhan $50. Ia agak mudah.

Sudah tentu terdapat banyak variasi opsyen binari, tetapi kita akan bincangkannya lagi apabila membandingkannya dengan pasaran Forex.

Apakah perbezaan antara perdagangan Forex dan opsyen binari?

Kita akan bandingkan dua jenis perdagangan ini berdasarkan parameter yang paling penting:

1) Jenis kontrak

Hanya terdapat satu jenis kontrak dalam Forex. Sudah tentu anda boleh berdagang pasangan mata wang, CFD, komoditi atau sekuriti, tetapi semua ini hanyalah varian untuk jenis kontrak yang sama – kontrak perbezaan (contract for difference - CFD). Jika anda membeli pasangan mata wang dan harga naik, anda akan menerima perbezaan antara harga beli dan harga jualan selanjutnya.

Terdapat beberapa jenis kontrak dalam opsyen binari: kontrak paling popular ialah Tinggi/Rendah yang telah kita kaji, opsyen Sekali Sentuh (One-Touch), iaitu anda perlu tunggu sehingga peringkat tertentu dicapai, opsyen Julat (Range) iaitu, anda perlu tentukan julat harga sasaran dan opsyen Tangga (Ladder) yang paling menguntungkan.

2) Jumlah potensi keuntungan

Dalam Forex, keuntungan anda tiada had. Sudah tentu anda boleh mengehadkannya dengan membuat pesanan, tetapi jika kita berbincang tentang kedudukan arah yang mudah, ia boleh menghasilkan keuntungan sehingga anda sendiri menutupnya pada paras harga pilihan anda. Pada setiap kali anda membuka kedudukan dan dalam masa beberapa minit, harga akan memberi banyak mata, memberi anda keuntungan yang banyak berbanding yang anda jangkakan.

Apabila berdagang opsyen binari, keuntungan sentiasa dihadkan oleh jenis kontrak yang dipilih. Dan paling penting, keuntungan anda tidak akan pernah lebih tinggi daripada nilai pertaruhan anda. Jika anda membuat taruhan berjumlah $100, dalam situasi paling baik, anda akan menerima $90. Sudah tentu terdapat opsyen untuk kontrak jenis lain, tetapi dalam apa-apa kes, kebarangkalian kejayaan akan sentiasa menyasarkan perdagangan yang tidak menguntungkan. Walau bagaimanapun, peniaga-peniaga opsyen ini sentiasa mendapat keuntungan.

Contoh operasi licik opsyen binari:

Saya akan buat satu pertaruhan, sebagai contoh, AUD/USD pada $1,000. Pada saat saya klik butang “beli” atau “jual”, jumlah bidaan - $1,000 – akan dipotong dalam baki saya dengan serta-merta.

- Jika saya teka pertaruhan dengan betul, saya akan lihat “keuntungan ialah $1,710”, tetapi hakikatnya ia hanyalah $710 (seperti yang kita ingat, $1,000 telah ditolak apabila pertaruhan yang saya buat dibuka dan dikembalikan apabila saya menang).

- Jika tekaan saya mengenai pertaruhan adalah salah, saya akan lihat “keuntungan ialah $0”, tetapi saya telah kehilangan $1,000, dan dalam kes kerugian, dana ini tidak akan dikembalikan kepada saya.

Ia kelihatan bagus, tetapi hakikatnya kerugian adalah sentiasa lebih besar berbanding keuntungan dalam opsyen yang sama.

Dalam Forex, dengan kedudukan sama dan pergerakan harga naik atau turun yang setara, keuntungan/kerugian juga akan sama.

3) Peluang perdagangan margin

Dalam Forex, perdagangan margin mungkin telah mencapai tahap tertinggi pembangunan. Broker Forex memberi anda leveraj hampir dalam apa-apa julat, bermula dari 1:2 hingga 1:1000, dan banyak lagi. Sudah tentu, jumlah modal kredit yang sangat besar itu memberi kita peluang tanpa had secara maya untuk mengaut keuntungan, kadangkala 1000 kali lebih tinggi daripada modal yang kita laburkan.

Tiada perkara seperti perdagangan margin dalam opsyen binari, yang ada hanyalah pertaruhan. Jika anda mempunyai $100, anda hanya boleh membuat operasi dengan jumlah $100 ini. Ini pastinya satu kelemahan dalam perdagangan moden.

4) Kesimpulan perdagangan yang mudah

Ia telah dipersetujui secara universal yang Forex mempunyai sistem kesimpulan perdagangan yang paling mudah dan moden dalam semua pasaran pertukaran. Sistem kesimpulan perdagangan ditakrifkan sebagai proses daripada analisis sehingga waktu pesanan anda dibuat dalam pasaran. Terdapat pelbagai platform perdagangan, sesetengahnya mempunyai kefungsian yang terkini, akan tetapi, menguasai sistem itu tidak begitu sukar.

Dalam opsyen binari, sistem kesimpulan perdagangan adalah lebih mudah berbanding Forex. Pada dasarnya, seluruh perdagangan adalah berkenaan memilih instrumen perdagangan, jenis opsyen, masa pelaksanaan dan menekan butang “beli” atau “jual”. Kita tidak akan bincangkan tentang keberkesanan operasi ini, tetapi peluangnya adalah kira-kira 50/50.

5) Tempoh perdagangan

Dalam Forex, semua kontrak tidak mempunyai masa terhad dan dengan itu, ia tidak mempunyai waktu untuk tamat tempoh. Ini bermaksud apabila anda memasuki kedudukan, anda boleh menunggu tempoh apabila harga tidak berada di tempat yang anda jangkakan. Ya, terdapat komisen yang boleh membahayakan deposit anda, tetapi ini adalah topik lain.

Dalam opsyen binari, semua kontrak mempunyai masa tamat tempoh. Semua jenis opsyen mempunai jangka hayat terhad, jadi anda tidak boleh “tunggu” seperti dalam Forex. Jenis kontrak ini menyingkirkan komponen pelaburan sepenuhnya dan hanya meninggalkan spekulasi.

6) Modal permulaan minimum

Dalam Forex, perkara ini hampir boleh dipadam sepenuhnya, dan anda boleh mula berdagang walaupun dengan $10 sahaja. Tetapi, anda perlu faham, semakin kecil pelaburan awal anda, semakin besar leveraj yang diperlukan daripada broker dan ini meningkatkan risiko dengan sangat besar.

Dalam opsyen binari, modal permulaan yang minimum dibolehkan serendah $1. Tetapi dalam kes ini, pendapatan anda akan rendah seperti modal. Mungkin nilai ini mencukupi bagi mereka yang hanya mahu mengenali kontrak-kontrak ini.

Kesimpulan

Dengan mengambil kira perkara-perkara di atas, kita boleh membuat kesimpulan seperti berikut:

Perdagangan Forex
Ini merupakan pasaran yang sama seperti pasaran saham di mana hukum bekalan dan permintaan digunakan. Perdagangan disimpulkan pada pelbagai selang masa, akan tetapi, seperti yang ditunjukkan oleh statistik, perdagangan dalam tempoh masa yang lama adalah paling berkesan dan biasanya lebih menguntungkan. Dalam Forex, perhatian teliti diberi pada analisis teknikal dan fundamental. Terdapat banyak sistem berbeza untuk menguruskan kedudukan aktif yang membenarkan anda untuk mendapatkan keuntungan walaupun daripada perdagangan yang sudah tiada harapan. Penggunaan perdagangan margin yang betul boleh meningkatkan modal pelaburan anda dengan banyak yang membenarkan anda mengaut lebih banyak keuntungan. Seperti biasa, kejayaan dalam Forex memerlukan analisis pasaran, strategi perdagangan, pengalaman dan penggunaan bahan-bahan berinformasi. Pasaran ini tidak boleh dikuasai sewenang-wenangnya. Bagi membolehkan seseorang pedagang Forex itu mula menjana pendapatan daripada setiap perdagangan, mereka perlu melalui latihan dan mendapat pengalaman.

Opsyen binari
Pasaran opsyen binari merupakan pasaran OTC ataupun ia bukannya satu pasaran kerana broker opsyen secara serentak merupakan penyedia kecairan, penggubal pasaran dan bahkan sesiapa sahaja yang mereka ingin jadi. Dalam kebanyakan kes, sebut harga hanya merupakan satu unjuran dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan harga sebenar aset. Dan dalam kes opsyen turbo, broker hanya mencipta sebut harga yang menguntungkan mereka berbanding kumpulan pedagang di bawah mereka. Realitinya, broker opsyen binari adalah penanda buku yang menyiarkan apa sahaja yang mereka mahu kepada para pelanggannya. Komisen yang tinggi untuk perdagangan menguntungkan menjadikan nisbah pertukaran 50/50 yang popular itu tidak menguntungkan kerana anda tidak akan mendapat pendapatan sebanyak yang anda laburkan. Keuntungan opsyen yang sama akan sentiasa sedikit berbanding kerugian. Secara amnya, opsyen binari merupakan satu kasino atau permainan menyebabkan ketagihan yang langsung tiada kaitan dengan perdagangan sebenar dalam pasaran kewangan. Opsyen merupakan satu permainan yang dimainkan mengikut peraturan-peraturan pemilik. Anda boleh uji perkara ini pada akaun demo mana-mana broker opsyen binari.  

Dalam artikel ini, saya telah beri pendapat peribadi yang disokong oleh pengalaman praktikal dalam pembangunan dan pelaksanaan pelbagai kontrak pertukaran. Saya benar-benar suka dengan model “opsyen pertukaran sebenar”, yang saya anggap sebagai terbaik daripada semua kontrak pertukaran, ia hanya tidak mempunyai kaitan dengan opsyen binari. Akhir sekali, memilih pasaran sebenarnya terpulang kepada anda. Saya hanya boleh ucapkan semoga berjaya. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini