XM Menyampaikan Sumbangan untuk Membantu Memerangi Covid-19 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

XM Menyampaikan Sumbangan untuk Membantu Memerangi Covid-19


XM terus melakukan sumbangan dengan penuh rasa kemanusiaan untuk menyokong memerangi wabak pandemik novel koronavirus ini.

XM memenuhi iltizamnya untuk terus membantu masyarakat setempat yang menghadapi krisis di Asia Tenggara. Sejurus selepas menyumbang kepada tabung bantuan untuk pertubuhan amal Saigon Children’s Charity Vietnam, sumbangan seterusnya dilakukan dan kali ini membantu para barisan hadapan kakitangan penjagaan kesihatan dan hospital yang bertarung untuk menyelamatkan nyawa.

Pada 6 April, melalui kerjasama dengan Hipwee Indonesia, XM telah memberikan sumbangan kepada inisiatif amal portal dalam talian PelukJauh yang khusus dalam menyediakan peralatan perlindungan diri kepada kakitangan hospital di seluruh Indonesia. Tidak lama selepas itu, pada 9 April, satu lagi sumbangan telah dilakukan kepada tabung bantuan kecemasan pertubuhan amal MyFund Action Malaysia, yang juga mengumpul dana untuk pakaian perlindungan yang diperlukan bagi pekerja barisan hadapan dalam menghadapi wabak tanpa henti ini untuk merawat pesakit dan juga melindungi nyawa mereka sendiri.

Berikutan dengan keadaan semasa, dunia kekal bersatu padu, setiap tanda kebajikan dan kemanusiaan mampu mengatasi segalanya.










Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini