COVID-19: EU terperangkap untuk bina semula ekonomi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

COVID-19: EU terperangkap untuk bina semula ekonomi


BRUSSELS: Menteri Kewangan Kesatuan Eropah (EU) terperangkap di dalam satu dialog apabila tidak dapat menjejaskan perbezaan mengenai cara membina semula ekonomi selepas COVID-19, dengan perpecahan Utara dan Selatan terhadap bebanan bagi negara-negara yang terjejas teruk.

Ketika ini ekonomi Eropah terjejas teruk akibat pandemik yang memaksa kerajaan mengenakan perintah berkurung dan menutup semua jenis perniagaan, manakala Itali dan Sepanyol merayu memohon dana yang akan dibayar oleh rakan Eropah lain yang turut meminjam wang di pasaran kewangan, namun ditolak oleh Jerman, Belanda serta negara kaya lain.

"Apa yang boleh dikata sekarang ialah tiada persetujuan," menurut sumber.

Berlin dan sekutunya menegaskan bahawa demi keselamatan Eropah, mereka boleh menggunakan wang jaminan AS$443 bilion (RM1.9 trilion), serta menunggu untuk melihat kesan rangsangan monetari yang dikeluarkan oleh Bank Pusat Eropah.

Menteri Kewangan Portugal merangkap Ketua Eurogroup, Mario Centeno, yang ditugaskan untuk mencari kompromi dalam situasi itu berkata, ini bukanlah masa yang sesuai untuk perniagaan, tetapi harus menunjukkan kepada rakyat bahawa Eropah melindungi mereka.

Isnin lalu, Canselor Jerman, Angela Merkel, berkata kerajaannya menyokong untuk mengaktifkan dana pinjaman Mekanisme Kestabilan Eropah (ESM) bagi membantu negara-negara yang memerlukannya, namun tidak menyebut mengenai pinjaman bersama.

Itali dan Sepanyol bakal menolak permintaan ESM jika terdapat negara lain cuba mengenakan syarat yang ketat terhadap negara mereka.

Negara-negara utara menegaskan syarat itu boleh dikenakan secara minimun, tetapi dalam jangka masa panjang sesebuah negara perlu mendapatkan kewangan mereka dengan teratur.

Bagaimanapun, apa saja yang dipersetujui oleh menteri akan melalui pemimpin EU terdahulu, yang dijangka akan melakukan persidangan video pada bulan hadapan.

Turut dibincangkan ialah fasiliti pinjaman daripada Bank Pelaburan Eropah untuk industri kecil dan sederhana, serta dana jaminan untuk skim pengangguran kebangsaan tertentu yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Eropah. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini