Kita semua tahu bahawa dunia tidak akan sama lagi selepas pandemik koronavirus berakhir. Namun apakah perubahan-perubahan yang kita boleh jangkakan?
— Amerika Syarikat dan China akan sedar bahawa mereka perlu berkerjasama, bukannya berbalah jika mereka mahu kekal sebagai ekonomi terbesar.
— Dunia akan mengurangkan kebergantungan kepada China selepas gangguan rantaian bekalan global yang terjadi bila kehidupan perniagaan terhenti di China.
— Negara-negara tidak mahu bergantung kepada import di waktu-waktu kecemasan lagi.
— Hubungan tradisional antara dasar-dasar bank pusat dan harga matawang akan memakan masa untuk pulih.