Harga minyak AS jatuh di bawah paras sifar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak AS jatuh di bawah paras sifar


Kejatuhan mendadak terhadap permintaan minyak di seluruh dunia menyaksikan harga minyak Amerika Syarikat (AS) jatuh di bawah paras sifar.

Penanda aras utama minyak AS iaitu West Texas Intermediate (WTI), berada pada tahap negatif AS$37.63 setong.

Didorong oleh tarikh akhir kontrak perdagangan, pedagang terpaksa mencari pembeli untuk stok minyak mereka tetapi pembeli sukar diperolehi walaupun minyak itu diberikan secara percuma.

Oleh itu, beberapa penjual tidak meminta bayaran sebaliknya menawarkan untuk membayar pembeli untuk menerima minyak mereka pada harga AS$37.63.

Keadaan tersebut berlaku disebabkan oleh penularan pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia sekali gus memberi kesan kepada ekonomi global dan permintaan terhadap minyak jatuh mendadak.

Para pengeluar pula telah mengeluarkan stok minyak dengan banyak namun ruang simpanan bagi bahan api itu semakin berkurangan.

Kontrak niaga hadapan bagi bulan Mei untuk West Texas Intermediate akan berakhir.

Pada kebiasaannya, peniaga hanya menjual kontrak tersebut dan meneruskan kontrak pada bulan-bulan mendatang, namun kini, pembeli yang mampu menerima dan menyimpan minyak dengan banyak mengalami kekurangan permintaan bekalan.

Bagaimanapun, harga minyak mentah yang lain termasuk Brent Oil yang digunakan oleh Malaysia tidak mengalami penurunan yang ketara.

Tetapi secara umum, harga minyak mentah berada pada paras sangat rendah dan terus jatuh.

Brent yang merupakan penanda aras minyak antarabangsa, berada pada harga AS$20 setong telah jatuh lebih dari sembilan peratus semalam.

Pada awal tahun 2020, setong West Texas Intermediate berharga sekitar AS$60.

Harga turun dengan mendadak kerana Covid-19, iaitu pada kadar AS$18 setong pada Jumaat lalu.

Negara dan syarikat pengeluar minyak berusaha untuk mengurangkan pengeluaran mereka, tetapi mereka tidak dapat mengikut rentak penurunan permintaan global yang menurun dengan cepat ketika ekonomi dunia mencatatkan kejatuhan.

Ini mewujudkan lebihan bekalan minyak dan menimbulkan kebimbangan mengenai tempat menyimpannya secara fizikal.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini