Harga minyak dunia kembali meningkat - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak dunia kembali meningkat



SINGAPURA: Harga minyak kembali meningkat semula apabila keyakinan meningkat bahawa mesyuarat diketuai Pertubuhan Negara Pengeskport Minyak (OPEC) bagi membincangkan pemotongan pengeluaran akan diputuskan minggu ini.

Harga minyak mentah mengalami kejatuhan ketara sejak perbincangan pemotongan pengeluaran antara OPEC dan sekutunya beberapa kali tidak berjaya dan dijadualkan semula pada Khamis.

Penanda aras Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate naik 3.83 peratus kepada AS$27.08 setong sewaktu dibuka di Asia.

Minyak mentah antarabangsa Brent mentah naik 2.81 peratus kepada AS$33.98.

Harga minyak telah jatuh ke paras yang tidak pernah dilihat selama bertahun-tahun ini disebabkan oleh pandemik coronavirus dan perang harga antara Russia dan Arab Saudi.

"Harga pulih daripada beberapa kerugian awal, kerana Russia dan Arab Saudi mencadangkan kesediaan mereka untuk memotong pengeluaran tetapi hanya jika seluruh dunia mengikuti langkah mereka," kata ANZ Bank dalam nota.

“Blok penghalang ketika ini nampaknya hanya AS, yang enggan menyertai perjanjian.” katanya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini