Harga minyak dunia meningkat - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak dunia meningkat


SINGAPURA: Harga minyak mencatatkan peningkatan dalam dagangan Asia hari ini apabila pasaran meletakkan harapan campur tangan Amerika Syarikat (AS) untuk menamatkan perang harga antara Arab Saudi dan Russia

Penganalisis bagaimanapun berkata, pasaran masih tertekan dengan permintaan yang rendah kerana penutupan perniagaan, sekatan perjalanan udara dan langkah penjarakkan sosial bagi membendung penularan COVID-19.

Kontrak minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate (WTI) didagangkan 7.14 peratus lebih tinggi pada AS$21.76 setong.

Kontrak penanda aras antarabangsa, Brent pula naik 8.21 peratus kepada AS$26.77 setong.

Kedua-dua penanda aras itu jatuh ke paras terendah dalam tempoh 18 tahun pada Isnin, dengan WTI secara ringkas turun di bawah AS$20 setong.

“Harga minyak lebih tinggi selepas laporan Presiden AS, Donald Trump akan mengadakan perbincangan meja bulat dengan eksekutif minyak utama negara,” kata ahli strategi pasaran AxiCorp, Stephen Innes.

Katanya, mesyuarat itu berkemungkinan untuk membincangkan langkah-langkah penyelarasan pengurangan pengeluaran dalam cubaan untuk membeli sedikit masa untuk industri syal AS.

Phillip Futures di Singapura berkata, harga minyak juga disokong oleh laporan bahawa Russia tidak mahu meningkatkan pengeluaran minyak mentah dalam persekitaran semasa dan peniaga menjangkakan pengeluar syal AS berada di bawah tekanan untuk mengurangkan pengeluaran.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini