Industri Minyak Di Kemelut Koronavirus - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Industri Minyak Di Kemelut Koronavirus


Minggu lalu, pasaran minyak AS menyaksikan salah satu hari yang paling gelap dalam sejarahnya kerana kontrak niaga hadapan jatuh ke wilayah negatif dan mencapai $ -37 setong untuk pertama kalinya dalam sejarah.

Krisis Coronavirus telah menyebabkan kehidupan terhenti hampir sepenuhnya di seluruh dunia dan ini menyebabkan kejatuhan permintaan terhadap minyak di peringkat global. Tidak ada ruang lagi untuk menyimpan minyak-minyak yang tidak diingini. Para pedagang tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan kontrak Mei untuk WTI, jadi mereka terpaksa menjual minyak dan membayar $ 37 untuk pembeli yang sudi mengambilnya.

Adakah niaga hadapan minyak bulan Jun bakal menghadapi nasib yang sama? Selepas kemelesetan bersejarah ini, kontrak bulan Jun jatuh kepada $9.50, tetapi pulih pada hari-hari berikutnya menjadi sekitar $17 kesan dari pemotongan pengeluaran global. Namun, pemulihan ini mungkin sementara jika pasaran minyak tidak mengembalikan keseimbangannya dengan cepat. Untuk mengelakkan berlakunya kemelesetan harga minyak yang seterusnya, kontrak ini perlu dihantar tepat pada waktunya sebelum ia luput tetapi semuanya bergantung pada keberjayaan pencegahan koronavirus terlebih dahulu.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini