Ringgit ditutup lebih tinggi, RM4.345 sedolar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih tinggi, RM4.345 sedolar



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dengan mata wang utama yang lain hari ini selepas mendapat momentum positif berikutan pelabur menanti keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).

Pada 6 petang, unit tempatan itu naik kepada 4.3450/3500 berbanding dolar AS daripada 4.3610/3680 yang direkodkan semalam.

Penganalisis berkata, dengan beberapa ekonomi mula melonggarkan sekatan dan pengurangan pengeluaran oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mula berjalan dalam minggu ini, itu semua mencerminkan tekanan ke atas permintaan untuk minyak.

"Bekalan melebihi paras kemuncak, dari segi perspektif asas, ini seharusnya memberikan sedikit sokongan kepada ringgit," katanya.

Rizab Persekutuan dijangka mengumumkan keputusan kadar faedah lewat hari ini.

Sementara itu, pelabur akan mencari hala tuju mengenai prospek kadar pinjaman bank pusat AS itu memandangkan negara itu akan membuka kembali ekonominya secara berperingkat.

Pada penutup, unit tempatan didagangkan lebih tinggi berbanding dengan mata wang utama lain.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0720/0757 daripada 3.0787/0847, naik berbanding yen kepada 4.0790/0849 daripada 4.0872/0945.

Berbanding pound, ringgit meningkat kepada 5.3948/3023 daripada 5.4425/4521, manakala berbanding euro, ia bertambah kepada 4.7165/7228 daripada 4.7404/7493 yang direkodkan sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini