Ringgit dibuka lebih tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka lebih tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan permintaan yang muncul semula terhadap unit tempatan itu di tengah-tengah pemulihan harga minyak global.

Pada 9.01 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.3570/3650 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3600/3680 pada Jumaat minggu lalu.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata ringgit mempunyai korelasi tinggi dengan minyak dan sentimen risiko global.

"Meskipun kesan negatif jangka pendek daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ringgit dijangka terus mencatatkan kekukuhan susulan harga minyak yang stabil," katanya.

Penanda aras minyak mentah dunia Brent Crude berada di paras stabil AS$21.20 setong setakat 9.26 pagi.

Bagaimanapun, pada pembukaan, unit tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0612/0679 daripada 3.0594/0657 pada penutup Jumaat minggu lalu dan susut berbanding yen kepada 4.0500/0586 daripada 4.0494/0576.

Unit tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.3914/4021 daripada 5.3741/3853 dan turun berbanding euro kepada 4.7143/7234 daripada 4.6927/7030 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini