Ringgit dibuka tinggi, RM4.355 sedolar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi, RM4.355 sedolar


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah yang sederhana susulan penurunan semalam.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.3550/3650 berbanding dolar AS daripada 4.3700/3780 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata, permintaan terhadap mata wang Asia sedang pesat membangun, termasuk ringgit sepanjang hari akan ditentukan oleh data pertumbuhan ekonomi China yang dijadualkan akan dikeluarkan hari ini.

“Pelabur akan memantau data ekonomi dari China untuk mengukur impak ekonomi COVID-19,” katanya.

Sementara itu, ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0585/0672 daripada 3.0604/0673, dan meningkat berbanding yen kepada 4.0373/0473 daripada 4.0549/0635 semalam.

Unit tempatan naik berbanding pound kepada 5.4385/4528 daripada 5.4503/4620, dan meningkat berbanding euro kepada 4.7300/7426 daripada 4.7489/7593. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini