Harga minyak dunia catat kenaikan mingguan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak dunia catat kenaikan mingguan


SINGAPURA: Harga minyak mencatat kenaikan mingguan pertama dalam sebulan susulan pengurangan pengeluaran global mulai menunjukkan kesan.

Sementara itu, tanda-tanda awal bahawa penurunan permintaan yang didorong oleh COVID-19 mungkin mulai berkurangan juga membantu sentimen berkenaan.

Niaga hadapan di New York meningkat kepada AS$20 satu tong dalam dagangan Asia dan meningkat sekitar 16 peratus minggu ini.

Pengurangan pengeluaran 10 juta tong sehari oleh OPEC+ secara rasmi bermula hari ini, sementara pengeluar lain, termasuk Norway dan Conoco Phillips berkata mereka juga akan mengurangkan pengeluaran.

Pemulihan semula harga minyak mentah minggu ini disokong oleh data kerajaan yang menunjukkan permintaan petrol Amerika Syarikat (AS) meningkat paling banyak dalam hampir setahun pada minggu lalu dan simpanan bahan bakar pula menyusut.

Di China, yang juga pengimport minyak terbesar di dunia, kesibukan lalu lintas di beberapa bandar terbesar telah pulih ke tahap sebelum virus.

Niaga hadapan minyak di New York bersedia untuk kenaikan mingguan pertama dalam sebulan dan biarpun data permintaan memberangsangkan, ia akan memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan lebihan besar-besaran minyak yang disebabkan oleh perintah berkurung dan perang harga.

Arab Saudi paling banyak mengeksport minyak mentah dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun, bulan lalu.

Citigroup Inc memberi amaran bahawa kemungkinan terburuk masih belum berlaku untuk pasaran minyak kerana penyimpanan global semakin meningkat walaupun penggunaannya mulai pulih.

Kenaikan harga baru-baru ini adalah petunjuk kestabilan dan bukannya pemulihan, dengan penurunan pengeluaran menyumbang kepada perkara sedemikian, kata Michael McCarthy, kata Ketua Strategi Pasaran CMC Markets Asia Pasifik, Michael McCarthy.

West Texas Intermediate (WTI) mungkin telah menemui harga keseimbangan di antara AS$15 hingga AS$20 setong buat masa ini, katanya.

Kontraknya telah meningkat 16 peratus setakat ini pada minggu ini.

Brent untuk penghantaran Julai meningkat 1.7 peratus kepada AS$26.93 setong di bursa ICE Futures Europe.

ConocoPhillips akan mengurangkan pengeluaran lebih dari 400,000 tong sehari pada bulan Jun, sementara Royal Dutch Shell Plc berkata pengeluaran minyak dan gas huluan akan dikurangkan sebanyak satu pertiga.

Norway akan mengurangkan pengeluaran sebanyak 250,000 tong sehari pada bulan Jun dan 134,000 tong pada separuh kedua, walaupun penganalisis mengatakan pemotongan itu mungkin tidak begitu berkesan seperti yang dilihat di atas kertas.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini