Ringgit ditutup lebih rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas gagal untuk mengekalkan momentumnya yang baik sebelum ini, berikutan kekurangan permintaan dan mata wang Asia yang mengukuh, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan merosot kepada 4.3310/3370 berbanding dolar AS daripada 4.3220/3280 semasa ditutup pada Rabu.

Pasaran ditutup pada Khamis sempena Hari Wesak.

Peniaga berkata, ringgit gagal untuk menjejaki mata wang Asia sedang pesat membangun yang mengukuh berikutan rundingan antara pegawai perdagangan AS dan China mewujudkan harapan bahawa ketegangan antara dua gergasi ekonomi itu mengenai asal COVID-19 akan berkurangan.

Sementara itu, ringgit ditutup rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0645/0696 daripada 3.0417/0470 sebelum ini dan susut berbanding yen Jepun kepada 4.0716/0780 daripada 4.0651/0719.

Ringgit merosot berbanding euro kepada 4.6948/6022 daripada 4.6613/6695 dan rendah berbanding pound kepada 5.3626/3718 daripada 5.3472/3555 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini