Berdagang, Bukan Memasak Makan Malam - KISAH TENTANG GOLONGAN SURI RUMAH DI JEPUN - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Berdagang, Bukan Memasak Makan Malam - KISAH TENTANG GOLONGAN SURI RUMAH DI JEPUN


“Hai, sayang! Hari ini saya berjaya meraih seribu dolar. Bagaimana kerja anda hari ini?”

Beginilah cara tipikal suri rumah di Jepun menyambut kepulangan suami mereka dari kerja. Bagaimana dengan memasak untuk makan malam? Oh, itu tidaklah penting, terutamanya jika ada penghantaran dari restoran mewah bila sudah meraih pendapatan selumayan itu.

Kita ketepikan dahulu lawak jenaka. Pada awal dekad 2000an, satu fenomena mengkagumkan telah berlaku di Negara Matahari Terbit. Golongan suri rumah di jepun yang secara tradisinya bertanggungjawah untuk menjaga belanjawan keluarga, mula menawan pasaran Forex. Kesan daripada itu, karakter yang lazim dinamakan Pn. Watanabe — suri rumah tipikal, versi tempatan untuk Mrs. Smith di Amerika — bukan sahaja telah meraih pendapatan yang lebih besar dari suami tersayang masing-masing, tetapi juga telah menyumbang kepada "penyembuhan" keseluruhan ekonomi negara mereka.

Ya, mereka mula berdagang dari rumah sebelum ia mainstream. Hari ini, kejayaan mereka tidak kurang mengkagumkan, dan malah menjadi buah mulut orang ramai. Mari kita singkap semula kisah sensasi ini.

Daripada budaya menyimpan kepada budaya melabur

Pada awal dekad 1990-an, gelembung aset Jepun runtuh, yang membawa kepada keadaan yang mengerikan bagi negara itu. Ekonomi merosot dan kadar faedah menjadi rendah, diikuti dengan satu tempoh masa yang disebut Dekad Yang Hilang, dan ini kemudian berubah menjadi 20 Tahun Yang Hilang bila ekonomi terus menderita pada tahun 2000-an.

Wang yang disimpan oleh generasi pasca perang secara tiba-tiba berhenti memberikan keuntungan kepada isi rumah. Bank-bank nasional menawarkan kadar faedah sifar, dan menyimpang wang di akaun bank menjadi sesuatu yang tidak akal, tiada bezanya dengan menyimpan di rumah sendiri. Tambahan lagi, situasi ekonomi yang sulit seperti itu mendorong rakyat Jepun untuk tidak menyimpan lagi, terutamanya bagi keluarga yang mempunyai anak.


Adakah ini alasan untuk menderita dan mengeluh? Ya, tapi bukan untuk ramai suri rumah Jepun, yang menganggap keadaan ini sebagai pencetus untuk mereka mencari peluang pelaburan yang baru dan memanfaatkan. Bagi kita di zaman sekarang, semuanya tampak jelas dan nyata — semuanya boleh kita temui di internet! Namun pada zaman itu, ia satu penerokaan dan penemuan, bidang baru untuk dikaji, masih kabur tetapi menarik dan sangat berpotensi. Benar-benar apa yang dicari oleh Puan Watanabe tipikal. Justeru, bila pasaran terpencar matawang online menjadi mudah diakses secara meluas, makcik-makcik di Jepun memulakan pengembaraan Forex mereka.

Beli yen, melabur dalam dolar, tidurkan anak-anak

Apa yang diperlukan oleh setiap pedagang jika dia ingin mendapat keuntungan dari perdagangan? Ya, strategi yang baik. Pelabur wanita berhati-hati memilihnya, dan kebanyakan dari mereka akhirnya berpegang dengan "carry trading" (perdagangan bawa ke hadapan). Ia pilihan yang tepat: strategi yang ringkas, berkesan, dan menghindari risiko sangat berupaya menjamin kejayaan. Bagaimana sebenarnya cara ia berfungsi? Dengan meminjam matawang pada kadar faedah yang rendah, para pedagang dengan segera melabur pada matawang lain yang memberikan pulangan kadar faedah yang lebih tinggi. Membayar fi yang rendah bagi pinjaman, mereka kemudian mendapat bayaran yang lebih tinggi sebaik selepas itu, meraih keuntungan dari perbezaan antara kadar faedah. Cukup jelas, ya?

Oleh itu, suri rumah yang aktif membeli yen Jepun pada kadar yang rendah dan menukarkannya dengan matawang berpertumbuhan tinggi, biasanya dolar Australia. Ia adalah pendekatan yang sangat baik sekali. Hasilnya tidak perlu masa yang panjang untuk dituai, dan tidak lama setelah itu ramai "Puan Watanabe" di Jepun menjana pendapatan yang lebih besar daripada suami mereka.


Hanya duduk di rumah sahaja, kata mereka. Biar saya sahaja yang menari rezeki, kata mereka. Hmmm, para suri rumah yang berdagang pasti sinis dengan dengan pernyataan tersebut. Seperti yang terpahat di statistik, sebelum krisis kredit global bermula pada tahun 2007-2008, nilai mata wang asing yang didagangkan secara online oleh warga tempatan sekitar $9.1 bilion sehari. Hampir seperlima dari semua volum perdagangan Forex di seluruh dunia semasa sesi perdagangan Tokyo! Dan sumbangan besar kaum wanita dalam angka-angka ini dibuktikan secara rasmi oleh Bank Jepun pada tahun 2007. Oleh itu, wanita telah membantu menstabilkan pasaran mata wang dengan berdagang di rumah. Suami mana yang berani mengadu tentang sup yang terlebih masin setelah isteri-isteri mereka merekodkan pencapaian sehebat itu?

Pn. Watanabe 2.0?

Pada tahun 2017, ketika kehebohan mengenai para pedagang wanita yang pintar sudah mulai luput dari bibir masyarakat, bitcoin diisytiharkan sebagai bentuk matawang sah di Jepun. Pada masa itu, crypto-mania sudah tersebar di seluruh dunia, dan Asia, khususnya Jepun, menyertai demam bitcoin dengan penuh semangat. Menurut laporan talboid-tabloid utama, pada tahun 2017, sekitar 40% daripada semua operasi dengan matawang kripto didenominasi dalam matawang yen.

Ahli-ahli kewangan teringat akan fenomena silam dan berfikir apakah peningkatan permintaan bitcoin di Jepun ketika itu didorong oleh golongan suri rumah yang sama? Menurut beberapa anggaran, pada waktu itu, Puan-Puan. telah digantikan oleh goolongan Tuan-Tuan — lelaki-lelaki berusia 30-40 tahun yang menguasai pasaran global. Bagaimana pun, ndangkan 70% akaun didaftarkan oleh lelaki, ada kemungkinan wujud sumbangan "senyap" golongan suri rumah kepada "demam bitcoin" Atau mungkinkah mereka membuktikan kebijaksanaan mereka sekali lagi dengan memilih opsyen untuk melabur pada bon nasional yang telah terbukti, menguntungkan, dan kurang berisiko, berbanding golongan lelaki muda yang mencari cabaran dan pengalaman baru lebih dari mereka menginginkan keuntungan sebenar? Siapa tahu.


Walau apa pun, impak aktiviti golongan suri rumah pada ekonomi negara dan global tidak boleh dinafikan. Begitu juga dengan inspirasi yang telah mereka berikan kepada sungguh ramai orang. Wanita, secara amnya, perlu bersama dengan anak-anak, tidak boleh keluar dari rumah untuk berkerja, atau mengimpikan untuk mula berdagang namun teragak-agak untuk melakukannya.

Mungkinkah kisah ini akan mendorong anda untuk memasuki pasaran FX atau berdagang lebih giat lagi untuk berasa yakin dengan realiti hari ini seperti para suri rumah di Jepun? Kami harap begitulah — gaya hidup "Puan Watanabe" benar-benar apa yang kita perlukan di dalam keadaan krisis dunia sekarang ini. Biar apa pun, ingatlah bahawa broker Forex online terbaik sentiasa sedia untuk menjadi pembimbing anda di dalam pengembaraan ini ;)



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini