Asas Untuk Euro Yang Kuat - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Asas Untuk Euro Yang Kuat


5 Sebab mengapa ekonomi Jerman berprestasi baik ketika pandemik melanda dan pulih dengan pantas:

1) Langkah-langkah lockdown yang awal dan longgar, yang membolehkan sesetengah bisnes terus beroperasi walaupun di waktu wabak sedang memuncak.

2) Memotong kadar VAT mulai dari 1 Julai sehingga akhir 2020 untuk mendorong Jerman meningkatkan perbelanjaan konsumer.

3) Mengepam dana tambahan sebanyak 130 bilion euro bagi membantu ekonomi yang terjejas teruk akibat impak koronavirus di waktu Tabung Bantuan Jerman sudah pun mencapai €1.3 trilion (4% KDNK), setakat ini yang terbesar di Eropah.

4) Kerajaan melaksanakan sistem waktu kerja tempoh pendek, yang membenarkan syarikat-syarikat mengurangkan waktu kerja sewaktu pandemik supaya kakitangan boleh terus menerima gaji tanpa menyebabkan pembuangan pekerja secara besar-besaran.

5) Infrastruktur sistem penjagaan kesihatan dan pengesanan awal yang mantap, yang menjurus kepada jumlah kematian yang rendah dan mengenal pasti ke mana virus menyebar untuk mengawalnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini